We Love Each Other

We Love Each Other
comel tak muncung kami \(^3^)V

Monday, 30 April 2012

Kau Dan Aku Selamanya! 4


                 Shakira mencedok nasi goreng kampong yang dimasaknya ke dalam mangkuk.Dia mengeluarkan susu dan milo lalu dibancuhnya. Hari ni Mak Yam tiada. Mak Yam balik kampung sebab anak bongsunya baru saja bersalin.
                 Shakira terkejut sampai terpelanting sudunya apabila terasa ada tangan yang mendakapnya erat. Jantung Shakira mula rasa tak menentu. Kalau sebelum tu, dup…dap…dup…dap… Sekarang, dup dap dup dap. Tapi, Shakira merasa tenang di dalam dakapan Aryan. Rasa dihargai dan selamat.
                  Aryan mula membenamkan mukanya ke rambut Shakira apabila tiada penolakan dari Shakira. Wangi! Desisnya. Dia memalingkan tubuh Shakira menghadapnya. “Sayang! Kenapa ni? Abang buat sayang terkejut ke?” soal Aryan sambil mengelus rambut panjang kehitaman Shakira.
                    “Awakk..saya..” Mulut Shakira ditekup perlahan. “Abang, sayang.” Ujarnya tersenyum manis.
                    “A…bang.. Saya mintak maaf pasal malam tadi. Kita sepatutnya…”
                    “Tak apa sayang! Abang takkan paksa sayang. Abang akan tunggu sampai sayang dah sedia.” Pintas Aryan pantas. Dia mengelus pipi Shakira. Shakira tertunduk malu. Tidak pernah ada lelaki yang melayannya bagaikan seorang puteri selain daripada abahnya.
                     “Terima kasih abang. Mari kita makan. Saya ada masak nasi goreng kegemaran abang.” Ajak Shakira. Dia tidak kekok apabila Aryan sudi memberinya sedikit masa untuk bersedia. Dia percaya Aryan akan menyayanginya walaupun dia sudah ditebuk tupai. Itulah yang ada di benak Shakira. Betul ke Aryan tak kisah? Shakira mula ragu-ragu.
                    “Sayang. Mari kita makan.” Aryan menarik tangan isterinya ke meja makan. Shakira hanya menurut. Dia mencedokkan nasi goreng ke pinggan Aryan. Kemudian dia menghulurkan segelas milo suam kepada suaminya itu.
                    “Sayang tak makan?” soal Aryan sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya rakus. Memang tak boleh dinafikan yang nasi goreng Shakira adalah TERBAEK!!!
                    “Tak, bang. Saya nak tengok abang makan je.” Jawab Shakira sambil tersenyum manis.
                    “Tak! Tak! Sayang kena makan. Meh sini abang suapkan. Nganga!” Aryan mencedok sesudu nasi goreng lalu menyuakan kepada Shakira. Shakira mengangakan mulutnya malu-malu.
                    “Sayang, sayang nak kerja dengan abang tak?”
                    “Kerja?”
                     “A’ah. Kerja! You can be my secretary. Secretary abang baru je berhenti hari tu. Ikut suami dia. Please, sayang!” Rayu Aryan manja. Dia tahu Shakira memang lemah kalau digoda.
                     “Nantilah saya fikirkan. Sebab saya baru je suruh Mak Yam poskan surat permohonan kerja. Dekat Shangri-La Hotel.”
                      Whatt?! Why don’t you tell me?” Aryan mula meninggikan suara.
                      “Saya..saya..minta maaf. Sebenarnya dah lama saya mohon. Sebelum kita kahwin lagi. Saya tak berniat langsung nak ketepikan abang.” Pinta Shakira sebak. Dia memang sensitif. Lagi-lagi bila orang tinggikan suara dekat dia. Confirm ‘tangkap leleh’.
                      Aryan mendengus kasar. Dia lantas bangun dan meninggalkan meja makan. Baru beberapa sudu dia makan. Dia menghidupkan enjin keretanya lalu menderum laju meninggalkan kawasan rumahnya.
                      Shakira tersentak. Terkelu. Apa salahnya? Dia bukan sengaja. Lagi pun dia mohon kerja tu sebelum dia kahwin lagi. Air matanya mula laju mengalir. Hish! Susah betul jadi orang sensitive ni. Sikit-sikit nak nangis.    
                                           Ya ALLAH! Berikanlah hambamu ini kebahagian hidup. Musnahkanlah benteng yang menghalang hubungan ku dengan suamiku Ya ALLAH!
Sementara Aryan yang berada di dalam keretanya…
                     “Ya ALLAH! Apa yang aku buat ni?! Kenapa aku tengking dia? Dia hanyalah seorang perempuan yang lemah. Yang sebatang kara. Aku sepatutnya lindungi dia. Ya ALLAH!” Aryan menyalahkan dirinya kerana  menengking Shakira. Dia mencapai iPhone 4S nya lalu menelefon Danish.
                      “Hello Danish! I need you now! Jumpa aku dekat Salimah Corner!” ucap Aryan pantas sebelum mematikan talian. Tak sempat lansung Danish nak cakap apa-apa.

*#*#*#*#*                    
                        Danish yang masih mamai terpinga-pinga apabila mendengar arahan tegas Aryan. Dia sebenarnya memang pelik dengan perangai Aryan. Macam orang perempuan. Emosional semacam.
                       Danish bangkit dari katilnya lalu masuk ke bilik air untuk mandi. Dia mencapai sehelai kemeja berwarna biru lalu menyarungkannya. Dia menyembur minyak wangi Hugo Boss. Lalu menyarung jam Rolex yang baru dibelinya minggu lepas.
                      Alamak! Dah lewat sejam ni. Masaklah aku. Desis Danish kabut. Dia segera menyarung kasutnya lalu menghidupkan enjin kereta Toyota Corolla miliknya.
                    “Apasal lambat sanga.. Hahahahaha…” Gelak Aryan lucu.
                    “Kau ni apahal pulak? Dahlah kejut aku. Lepas tu gelak-gelakkan aku.” Marah Danish. Dia melihat apa yang tak kena dengan dirinya. OMG!!!! Kasut aku! Sebelah lain. Sebelah lain. Adoyaiii.
                    Danish segera menuju ke kereta lalu menukar selipar jepun yang kebetulan ada di dalam keretanya. Aryan masih tergelak lucu. Siap ketuk-ketuk meja lagi. Wajah Danish makin cemberut. Tak guna betullah!
                    “Hai, abang hensem! Segak hari ni. Baju mahal, seluar mahal, kasut lagi ‘mahal’! Hahahahaha…” ejek Aryan buat-buat suara pondan.
                     “Tak guna kau! Aku jadi macam ni pon sebab kau. Tahu tak?!” Marah Danish sambil menarik kerusi di kedai itu kasar. “Bai, roti canai satu air the tarik kaw punya!” pesan Danish.
                     “Alaaa… Rilekslah kawan. Aku gurau je. Itu pun nak marah.” Pujuk Aryan.
                     “Yang kau ni apa kes pagi-pagi telefon aku?” soal Danish sambil menghirup airnya yang baru sampai. Fuhhhh! Mantap!
                     “Aku ada masalahlah dengan bini aku.” Katanya sambil meraup muka kasar.
                     “Masalah apa pulak?” Tanyanya sambil menyuap roti canai ke mulutnya.
                     “Aku bergaduh dengan dia pagi tadi. Sebab dia nak kerja kat hotel milik Azham. Aku jeleslah. Kau kan tahu yang Azham dah lama minat kat bini aku tu. Sejak kita sekolah menengah lagi. Aku cintakan Kira sangat.” Terang Aryan panjang lebar.
                      “Kau ni! Takkan kau tak percayakan si Kira tu. Dia punyalah baik. Tak patut betullah kau ni. Kau ada maki dia tak?”
                      “Tak adalah maki-maki. Aku tengking je.”
                      “Apalah kau ni. Kau pernah dengar tak yang Nabi Muhammad pernah bersabda ‘suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya.’ Kau tak nak jadi suami yang terbaik ke?” ceramah Danish panjang. Walaupun dia belum kahwin tapi ilmu di dada tak payah tanyalah. Mantap!
                       “Kau ni! Menyerabutkan kepala otak aku lagi adalah. Aku nak kau tolong aku macam mana nak pujuk bini aku balik. Itu je.” Balas Aryan bengang.
                         “Hek eleh! Kalau dengan Farisya dulu, laju je kau pujuk dia. Ni, bini kau sendiri pun tak pandai nak pujuk.” Kata Danish seraya menghabiskan air teh tarik miliknya.
                        “Farisya tu lain. Kau kan tahu yang aku cinta giler dengan bini aku tu.” bidas Aryan buntu.
                        “Kau ni! Belikanlah dia bunga ke coklat ke. Or something that she likes most. Contohnya patung beruang. Kau kan tahu yang Kira tu obses dengan patung beruang.”
                        “Ye ke?”
                        “Yelah! Takkan kau tak ingat muka dia masa Azham bagi patung beruang tu kat dia. Macam dapat dua juta. Aku pernah tanya Peah. Dia cakap Kira memang suka giler kat patung beruang. Lagi-lagi warna pink. Tu jelah yang aku tahu.” Terang Danish panjang lebar. Peah atau nama sebenarnya Sofea ialah kawan baik Shakira merangkap girlfriend dia juga.
                        “Oh ya? Nampaknya aku kena pergi cari patung besar pink sekarang juga!” ujar Aryan bangun daripada kerusi.
                        “Oi! Ni sapa mau bayar ni?” jerit Danish kepada Aryan yang dah berlalu pergi. Aryan pula langsung tak dengar. “Bertuah punya kawan!” sambungnya.

*#*#*#*#*

No comments:

Post a Comment