“Aku terima nikahnya Shakira Natalia binti Samad dengan mas kahwinnya 330.30 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz sahaja Shakira telah menjadi hak milik Aryan sepenuhnya. Shakira menyeka air mata yang bergenang di tubir matanya. Entakan gembira ataupun sedih. Walaupun dia tidak rela dengan ikatan suci ini, dia tetap akan menjadi isteri yang taat kepada suaminya itu.
“Shakira, Mak Yam buat semua ni demi kebahagiaan Shakira juga. Mak Yam tak mahu kamu berdua bergelumang dengan dosa. Maafkan Mak Yam kalau tindakan Mak Yam ni salah.” Kata Mak Yam beberapa minit sebelum dia dinikahkan.
“Mak Yam, Shakira tahu semua itu. Shakira tak pernah salahkan Mak Yam. Mungkin lebih elok jika kami menikah kerana kami duduk sebumbung. Kan tidak manis kalau anak dara duduk serumah dengan anak teruna.”
“Terima kasih nak. Mak Yam bersyukur sangat-sangat.” Ujar Mak Yam sambil mencium kedua belah pipi Shakira.
Shakira tersedar daripada lamunannya apabila Mak Yam menepuk pahanya lembut. Aryan sudahpun berdiri di hadapannya dengan senyuman yang manis sambil menghulurkan cincin untuk disarungkan ke jari manis milik isterinya itu.
Setelah Aryan menyarungkan cincin ke jari manisnya, Shakira mengucup tangan kasar suaminya itu dengan azam dan tekad yang baru. Aryan membalas dengan mencium dahi isterinya itu. Lampu kerlipan kamera mula memenuhi ruang kamar pengantin. Pasangan pengantin mula menayangkan senyuman palsu mereka.
“Encik Aryan, mengapa Encik Aryan mengahwini perempuan ini dengan terburu-buru?”
“Adakah encik telah ditangkap khalwat?”
“Siapa perempuan yang telah menjadi isteri Encik Aryan ni? Adakah dia anak Tan Sri juga?”
Pelbagai soalan diajukan oleh sidang media yang hadir. Aryan merupakan peneraju Syarikat Mahligai Sdn. Bhd. , syarikat yang bertaraf antarabangsa pada masa ini. Dia merupakan seorang peneraju yang berkaliber dan bijak membuat keputusan.
“Saya tak nak komen apa-apa pasal ni. Cuma saya hendak menyatakan bahwa saya berkahwin dengan isteri saya ni kerana saya amat mencintai dia dengan setulus hati saya. Dan kami bukan ditangkap khalwat seperti yang anda semua katakan. Saya cuma tak nak bunga saya ni disambar orang. Itu saja yang boleh saya katakan. Segala soalan yang diajukan akan saya jawab di sidang media lain kali.” Terang Aryan sambil memeluk pinggang ramping Shakira. Dia dapat melihat air mata yang bergenang dia tubir mata isterinya.
Aryan membawa Shakira jauh daripada wartawan tersebut. Dia mengusap perlahan belakang Shakira sambil menggerakkan mulut. Be strong!
“Amboi, Aryan! Dalam diam rupanya kentang berisi.” Usik Danish dan disambut oleh kawannya yang lain.
“Ada pulak kentang. Ubilah. BM fail!” sindir salah seorang lagi rakannya yang memakai cermin mata tebal.
“Samalah tu. Ubi kentang jugak kan?”
“Tak sama! Ubi tu…”
“Dahlah korang ni. Saje je nak spoilkan majlis aku dengan suara bingit korang tu!” potong Aryan pura-pura marah. Shakira hanya tersenyum manis. Dia hanya mengenali Danish sahaja. Yang lain tidak dikenalinya.
“Okay my friends! Meet my lovely wife, Shakira Natalia Samad. Sayang, ni Danish. Kenal kan? Yang pakai cermin mata tebal tu, Irfan. Yang chubby tu pulak, Murad. Dan yang last sekali tu, yang pakai baju polka dot tu, Saiful si mat jambu.” Aryan memperkenalkan rakan-rakannya kepada Shakira. Danish dan Saiful mengangkat tangan tanda menyapa. Murad pula sibuk dengan ayam goreng berempah dia.
“Si chubby ni memang macam ni Lia. Kuat makan.” Ujar Saiful sambil menepuk-nepuk belakang Murad. Shakira hanya tergelak kecil.
“Amboi! Suka hati kau je panggil aku punya bini, Lia. Panggil dia Kira. Get it? Kata Aryan berbaur cemburu apabila bininya dipanggil dengan nama Lia.
“Alaaa… Itu pun nak jealous. Entah apa-apa entah. Lainlah kalau aku peluk cium bini kau ni!” lancang mulut Saiful berkata. Dia ni memang. Lesen mulut gagal. Macam nilah jadinya.
Muka Shakira merona merah apabila diusik begitu. Aryan pula lantas menumbuk muka Saiful perlahan sambil menjengilkan matanya. Kononnya marahlah tu.
*#*#*#*#*
Shakira mengelus rambutnya dengan minyak zaitun. Itulah petuanya agar rambutnya semakin lebat dan panjang. Dia termenung melihat dirinya di cermin. Lawa ke aku ni? Aryan suka ke kat aku? Malam ni macam mana? First night? OMG! Shakira menggeleng-geleng kepalanya sambil mengetuk kepalanya sendiri.
“Apahal pulak kau ni? Sakit kepala ke?” Tanya Aryan yang muncul di sebalik pintu. Aryan menanggalkan songkoknya dan membuka butang bajunya di bahagian atas. Terdedah sedikit bahagian dada Aryan. Shakira makin gugup.
“A..wak….” Panggil Shakira gagap. Dia rasa tak sanggup nak teruskan perbicaraannya. Sebenarnya dia nak tanya tentang malam ni. Kena ‘buat’ ke? Korang faham kan?
“Ye sayang. Kenapa sayang abang gagap ni? Takut ek?” Soal Aryan selamba sambil membuat muka comelnya. Dia tahu yang Shakira nak tanya pasal malam ni. Tapi dia suka tengok muka Shakira yang merah tersipu-sipu malu tu. Comel sangat!
Shakira memuncungkan mulutnya. Dia malu apabila Aryan mengusiknya sedemikian. Dia lantas naik ke atas katil dan menyelimuti keseluruhan tubuhnya.
“Sayang! Jangan tidur dulu. Macam mana malam ni?” soal Aryan lalu mendekati katil. Sia lihat Shakira hanya berdiam diri. Apabila dia menyingkap sebahagian selimut, dia mendapati Shakira sudah tidur. Dia tahu Shakira hanya pura-pura tidur.
Aryan mengucup dahi Shakira perlahan. “Selamat malam, sayang!” ujarnya lalu mencapai bantal peluk dan diletakkan diantaranya dengan Shakira.
No comments:
Post a Comment