Shakira mencedok nasi goreng kampong yang dimasaknya ke dalam
mangkuk.Dia mengeluarkan susu dan milo lalu dibancuhnya. Hari ni Mak Yam tiada.
Mak Yam balik kampung sebab anak bongsunya baru saja bersalin.
Shakira terkejut sampai terpelanting sudunya apabila terasa ada tangan
yang mendakapnya erat. Jantung Shakira mula rasa tak menentu. Kalau sebelum tu,
dup…dap…dup…dap… Sekarang, dup dap dup dap. Tapi, Shakira merasa tenang di
dalam dakapan Aryan. Rasa dihargai dan selamat.
Aryan mula membenamkan mukanya ke rambut Shakira apabila tiada penolakan
dari Shakira. Wangi! Desisnya. Dia memalingkan tubuh Shakira menghadapnya.
“Sayang! Kenapa ni? Abang buat sayang terkejut ke?” soal Aryan sambil mengelus
rambut panjang kehitaman Shakira.
“Awakk..saya..” Mulut Shakira ditekup perlahan. “Abang, sayang.” Ujarnya
tersenyum manis.
“A…bang.. Saya mintak maaf pasal malam tadi. Kita sepatutnya…”
“Tak apa sayang! Abang takkan paksa sayang. Abang akan tunggu sampai
sayang dah sedia.” Pintas Aryan pantas. Dia mengelus pipi Shakira. Shakira
tertunduk malu. Tidak pernah ada lelaki yang melayannya bagaikan seorang puteri
selain daripada abahnya.
“Terima kasih abang. Mari kita makan. Saya ada masak nasi goreng
kegemaran abang.” Ajak Shakira. Dia tidak kekok apabila Aryan sudi memberinya
sedikit masa untuk bersedia. Dia percaya Aryan akan menyayanginya walaupun dia
sudah ditebuk tupai. Itulah yang ada di benak Shakira. Betul ke Aryan tak
kisah? Shakira mula ragu-ragu.
“Sayang. Mari kita makan.” Aryan menarik tangan isterinya ke meja makan.
Shakira hanya menurut. Dia mencedokkan nasi goreng ke pinggan Aryan. Kemudian
dia menghulurkan segelas milo suam kepada suaminya itu.
“Sayang tak makan?” soal Aryan sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya
rakus. Memang tak boleh dinafikan yang nasi goreng Shakira adalah TERBAEK!!!
“Tak, bang. Saya nak tengok abang makan je.” Jawab Shakira sambil
tersenyum manis.
“Tak! Tak! Sayang kena makan. Meh sini
abang suapkan. Nganga!” Aryan mencedok sesudu nasi goreng lalu menyuakan kepada
Shakira. Shakira mengangakan mulutnya malu-malu.
“Sayang, sayang nak kerja dengan abang tak?”
“Kerja?”
“A’ah. Kerja! You can be my
secretary. Secretary abang baru
je berhenti hari tu. Ikut suami dia. Please,
sayang!” Rayu Aryan manja. Dia tahu Shakira memang lemah kalau digoda.
“Nantilah saya fikirkan. Sebab saya baru je suruh Mak Yam poskan surat
permohonan kerja. Dekat Shangri-La Hotel.”
“Whatt?! Why don’t you tell me?”
Aryan mula meninggikan suara.
“Saya..saya..minta maaf. Sebenarnya dah lama saya mohon. Sebelum kita
kahwin lagi. Saya tak berniat langsung nak ketepikan abang.” Pinta Shakira
sebak. Dia memang sensitif. Lagi-lagi bila orang tinggikan suara dekat dia. Confirm ‘tangkap leleh’.
Aryan mendengus kasar. Dia lantas bangun dan meninggalkan meja makan.
Baru beberapa sudu dia makan. Dia menghidupkan enjin keretanya lalu menderum
laju meninggalkan kawasan rumahnya.
Shakira tersentak. Terkelu. Apa salahnya? Dia bukan sengaja. Lagi pun
dia mohon kerja tu sebelum dia kahwin lagi. Air matanya mula laju mengalir.
Hish! Susah betul jadi orang sensitive
ni. Sikit-sikit nak nangis.
Ya
ALLAH! Berikanlah hambamu ini kebahagian hidup. Musnahkanlah benteng yang
menghalang hubungan ku dengan suamiku Ya ALLAH!
Sementara Aryan yang berada di dalam keretanya…
“Ya ALLAH! Apa yang aku buat ni?! Kenapa aku tengking dia? Dia hanyalah
seorang perempuan yang lemah. Yang sebatang kara. Aku sepatutnya lindungi dia.
Ya ALLAH!” Aryan menyalahkan dirinya kerana
menengking Shakira. Dia mencapai iPhone 4S nya lalu menelefon Danish.
“Hello Danish! I need you now!
Jumpa aku dekat Salimah Corner!” ucap Aryan pantas sebelum mematikan talian.
Tak sempat lansung Danish nak cakap apa-apa.
*#*#*#*#*
Danish yang masih mamai
terpinga-pinga apabila mendengar arahan tegas Aryan. Dia sebenarnya memang
pelik dengan perangai Aryan. Macam orang perempuan. Emosional semacam.
Danish bangkit dari
katilnya lalu masuk ke bilik air untuk mandi. Dia mencapai sehelai kemeja
berwarna biru lalu menyarungkannya. Dia menyembur minyak wangi Hugo Boss. Lalu
menyarung jam Rolex yang baru dibelinya minggu lepas.
Alamak! Dah lewat sejam ni. Masaklah aku. Desis Danish kabut. Dia segera
menyarung kasutnya lalu menghidupkan enjin kereta Toyota Corolla miliknya.
“Apasal lambat sanga.. Hahahahaha…” Gelak Aryan lucu.
“Kau ni apahal pulak? Dahlah kejut aku. Lepas tu gelak-gelakkan aku.”
Marah Danish. Dia melihat apa yang tak kena dengan dirinya. OMG!!!! Kasut aku!
Sebelah lain. Sebelah lain. Adoyaiii.
Danish segera menuju ke kereta lalu menukar selipar jepun yang kebetulan
ada di dalam keretanya. Aryan masih tergelak lucu. Siap ketuk-ketuk meja lagi.
Wajah Danish makin cemberut. Tak guna betullah!
“Hai, abang hensem! Segak hari ni. Baju mahal, seluar mahal, kasut lagi
‘mahal’! Hahahahaha…” ejek Aryan buat-buat suara pondan.
“Tak guna kau! Aku jadi macam ni pon sebab kau. Tahu tak?!” Marah Danish
sambil menarik kerusi di kedai itu kasar. “Bai, roti canai satu air the tarik kaw punya!” pesan Danish.
“Alaaa… Rilekslah kawan. Aku gurau je. Itu pun nak marah.” Pujuk Aryan.
“Yang kau ni apa kes pagi-pagi telefon aku?” soal Danish sambil
menghirup airnya yang baru sampai. Fuhhhh! Mantap!
“Aku ada masalahlah dengan bini aku.” Katanya sambil meraup muka kasar.
“Masalah apa pulak?”
Tanyanya sambil menyuap roti canai ke mulutnya.
“Aku bergaduh dengan dia pagi tadi. Sebab dia nak kerja kat hotel milik
Azham. Aku jeleslah. Kau kan tahu yang Azham dah lama minat kat bini aku tu.
Sejak kita sekolah menengah lagi. Aku cintakan Kira sangat.” Terang Aryan
panjang lebar.
“Kau ni! Takkan kau tak percayakan si Kira tu. Dia punyalah baik. Tak
patut betullah kau ni. Kau ada maki dia tak?”
“Tak adalah maki-maki. Aku tengking je.”
“Apalah kau ni. Kau pernah dengar tak yang Nabi Muhammad pernah bersabda
‘suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya.’ Kau tak
nak jadi suami yang terbaik ke?” ceramah Danish panjang. Walaupun dia belum
kahwin tapi ilmu di dada tak payah tanyalah. Mantap!
“Kau ni! Menyerabutkan
kepala otak aku lagi adalah. Aku nak kau tolong aku macam mana nak pujuk bini
aku balik. Itu je.” Balas Aryan bengang.
“Hek eleh! Kalau
dengan Farisya dulu, laju je kau pujuk dia. Ni, bini kau sendiri pun tak pandai
nak pujuk.” Kata Danish seraya menghabiskan air teh tarik miliknya.
“Farisya tu lain. Kau
kan tahu yang aku cinta giler dengan bini aku tu.” bidas Aryan buntu.
“Kau ni! Belikanlah dia
bunga ke coklat ke. Or something that she
likes most. Contohnya patung beruang. Kau kan tahu yang Kira tu obses
dengan patung beruang.”
“Ye ke?”
“Yelah! Takkan kau tak
ingat muka dia masa Azham bagi patung beruang tu kat dia. Macam dapat dua juta.
Aku pernah tanya Peah. Dia cakap Kira memang suka giler kat patung beruang.
Lagi-lagi warna pink. Tu jelah yang
aku tahu.” Terang Danish panjang lebar. Peah atau nama sebenarnya Sofea ialah
kawan baik Shakira merangkap girlfriend
dia juga.
“Oh ya? Nampaknya aku
kena pergi cari patung besar pink
sekarang juga!” ujar Aryan bangun daripada kerusi.
“Oi! Ni sapa mau bayar ni?” jerit Danish kepada
Aryan yang dah berlalu pergi. Aryan pula langsung tak dengar. “Bertuah punya
kawan!” sambungnya.
*#*#*#*#*