We Love Each Other

We Love Each Other
comel tak muncung kami \(^3^)V

Tuesday, 13 November 2012

I LOVE YOU MR EGOIS 1





                                                 

                                                                 BAB  1                                                      

“Aku terima nikahnya, Nur Iman Arnisya bt. Mohd Daud dengan mas kahwinnya seratus tujuh belas ringgit tunai.”

Siapa sangka aku akan berkahwin dengan musuh tradisi aku sendiri, Tengku Farish Izhan bin Tengku Syahran. Ish! Tak suka betul! Dahlah suka ejek aku gemuklah, tak lawalah, tak pandailah. Huh!

“Kau ingat aku nak sangat kahwin kau, hah ‘Panda’! Kalau bukan disebabkan mak aku yang suruh, jangan haraplah aku nak kongsi hidup aku dengan kau, tahu tak?” Itulah apa yang dikatakan suami yang baru beberapa minit aku nikahi semasa pertemuan pertama kami setelah bertunang. ‘Mr. Annoying’ betullah mamat ni! 

“Sya. Apalagi yang dimenungkan tu. Salam tangan suami kamu tu. Hish! Apalah budak ni! Time nikah pun boleh lagi termenung.”

“Tak payahlah sibuk fikir hal malam nanti. Nanti dah selesai karang, baru boleh difikirkan.” Kata mak andamku itu nakal. Disambut pula ketawa saudara maraku. Alamak! Malunya aku! Dahlah dari tadi ‘Mr. Annoying’ ni tersenyum sinis dekat aku. Habislah aku.

Aku menyambut huluran tangan tersebut dan ‘Mr. Annoying’ mencium dahiku lembut. Tiba-tiba aku berasa syahdu pula. Lantas air mataku gugur menyembah bumi setitik demi setitik.

“Alahai. Habis make-up nyah. Kena touch-up balik ni. Dah. Jangan nak menangis. Nanti makin teruk pula make-up kau ni Sya!” Kata mak andamku sambil mentouch-upkan mukaku supaya kelihatan berseri semula.

Kelihatan air mata tua mak aku juga turut menitis. Mak mendekati diriku lalu memelukku erat sambil memberi nasihat.

“Nanti makan pakai suami kamu jaga elok-elok. Jaga maruah suami dan mertua kamu. Jangan buat perangai. Ikat perut suami kamu tu dengan air tangan kamu tu. Bawa banyak sabar dalam rumah tangga ni. Rumah tangga ni, memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Dengar nasihat mak ni ya, Sya?” Nasihat mak aku lembut sambil mengusap kepalaku yang bertudung lembut.

“Mak. Sya tak yakin nak hadapi alam baru ni, mak. Sya takut. Kalau suami Sya ceraikan Sya macam mana?” Kataku yang sememangnya bermulut celupar.

“Ish! Apa cakap macam tu. Tak elok. Dah. Pergi salam ibu mertua tu. Dari tadi asyik pandang kamu. Tersenyum-senyum dia. Dah pergi sana.” Arah mak aku sambil menolak bahuku lembut.

“Tengku…” Aku mencapai tangannya lalu menyalamnya.

“Eh! Kenapa panggil Tengku pula. Panggil mama. Okay, sayang?” Katanya lembut sambil mencium kedua-dua belah pipiku sambil menangis.

Aku tergamam dengan tindakan spontan ibu mertuaku. Aku lantas memeluk dan memujuknya agar tidak menangis. Aku lebih tergamam apabila melihat ‘Mr. Annoying’ tersenyum manis kepadaku. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Aku merasakan seolah-olah ada arus elektrik mengalir pada urat sarafku. Jantung aku berdegup pantas. Nafasku pula kian sesak. Adakah ini yang dipanggil cinta?

Aku makin kalut apabila ‘Mr. Annoying’ mendekati kami. Aku melihat dia menarik badan mama dariku lalu memeluknya sambil berbisik sesuatu. Aku melihat mama hanya terangguk-angguk.

Tiba-tiba…

“Aaaahhhhh... Tepi! Aku nak jumpa Nisya! Yang kau nak halang aku apahal?! Ini urusan aku dengan dia.” Aku terdengar satu suara yang amat aku kenali. Aku kalut apabila suara itu makin mendekati aku. Aku hanya menekur lantai. Aku tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kejap lagi.

“Nisya. Sampai hati awak buat saya macam ni! Saya sayang awak. Saya boleh bagi apa saya yang awak nak. Tapi, kenapa awak kahwin dengan dia ni?! Apa kurangnya saya?!” Katanya kasar separuh memujuk sambil menggenggam tanganku erat.

“Mungkin kita memang dah tak ada jodoh, Rif.” Kataku sambil cuba meronta minta dilepaskan. Aku risau apabila kami telah menjadi perhatian ramai tetamu.

Dia semakin bertindak kurang ajar apabila dia cuba untuk memelukku. Aku cuba untuk mempertahankan maruahku dan keluargaku. Dia tidak pernah berkelakuan seperti ini sebelum ini. Selalunya, dia menjaga adab sebagai orang Islam dan tidak pernah sekali-kali menyentuh aku. Itu yang membuatkan aku senang berkawan dengannya. Tetapi kebaikan aku telah disalah erti. Dia menyangka aku menyukainya.

Suami aku a.k.a. ‘Mr. Annoying’ menarik aku lembut dan memeluk bahuku erat seraya berkata “Kalau kau nak sentuh Nisya aku ni, kau langkah mayat aku dulu. Ada faham?” kata ‘Mr. Annoying’ tenang.

Aku tahu suamiku hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan keluarga. Alangkah bagus kalau tindakannya itu benar-benar datang daripada hatinya. Akulah perempuan yang paling bahagia di saat ini agaknya.

“Baiklah, Nisya! Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu sahaja. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal kerana mempermainkan cinta aku. Kau ingat tu, Nisya! Kau ingat!” Rif berlalu pergi dengan muka yang tegang. Serentak itu, air mataku mengalir deras. Setitik demi setitik.

Aku menepis pelukan suamiku di bahuku. Aku berlalu pergi menuju ke dapur rumah. Aku mengesat air mataku kasar. Aku malu. Apa yang akan tetamu katakan nanti? Macam mana kalau suami aku menceraikan aku sekarang? Adoii! Macam mana ni?

“Sayang! Sayang! Sayang dekat mana ni? Cepatlah tukar baju. Kejap lagi acara memotong kek.” Jerit suamiku lantang. Aku tahu yang dia hanya berpura-pura mesra denganku. Aku cepat-cepat keluar dari tempat persembunyianku.

There you are! Penat abang cari tau.” Kata suamiku lembut. Dia mencapai tanganku lalu berkata 

“Sayang tak usah risau. Abang akan lindungi sayang daripada dia. Sayang janganlah risau sangat, ya?”
Aku memandangnya pelik. Apahal layan aku baik sangat ni? Musykil! Musykil! Mesti ada yang tak kena ni. Sejurus itu aku terpandang di penjuru dapur. Oh, patutlah! Ada mak dengan mama kat situ. Hah! Mulalah hati jahat aku merancang sesuatu.

“Abang.. Abang janji tau yang abang akan lindungi Nisya. Janji tau?” kataku seraya memeluk pinggangnya. Aku dapat melihat mukanya yang tergamam. Mulutnya pula ternganga. Hahahaha.. Nak main-main lagi dengan aku! Kan dah kena.

“Hei ‘Panda’! Kau jangan nak main-main dengan aku. Karang aku ngap kau sekali karang! Menangis tak berlagu kau!” Bisiknya sambil mengelus pipiku lembut.

“HAH??!”