We Love Each Other

We Love Each Other
comel tak muncung kami \(^3^)V

Tuesday, 24 January 2012


          

                                    KAU DAN AKU SELAMANYA! 2


P/S:kali ni mungkin pndek sket...arap korg suke lah ye...

Shakira memicit kepalanya. Pening. Dia bangun daripada pembaringannya. Aku kat mana ni? Wah,lawanya bilik ni. Tapi ni bukan bilik aku. Shakira teruja. Dia memerhati keadaan bilik itu. Cadar pink. Langsir pink. Pintu pun pink. Senang kata semua pink. Warna favourite! Shakira mendekati sebuah bingkai gambar yang menarik perhatiannya. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang memeluk teddy bear yang besar. Comel!
         “Baguslah anak dah bangun. Mari makan. Mak cik dah masakkan makanan yang special untuk anak.” Kata seorang wanita yang berumur dalam 60-an yang muncul di sebalik pintu. “Panggil saya Mak Yam. Saya orang gaji dekat rumah ni.” Sambungnya lagi sambil tersenyum manis. Dia meletakkan hidangan tersebut di atas sebuah meja di tengah bilik tersebut.
          Wow! Nasi beriyani ayam. Dah lama tak makan ni! Bisik hati Shakira bahagia. Dia mencelupkan tangannya di dalam mangkuk basuh tangan dan makan dengan lahapnya. Lapar! Mak Yam hanya tersenyum manis melihat Shakira.
          “Nama anak ni siapa?” soal Mak Yam sambil mengusap kepala Shakira lembut. Dia suka melihat muka anak gadis tersebut. Lebih-lebih lagi matanya. Besar dan bulat. Warna coklat lagi. Bibirnya pula merah merekah dan berhidung mancung. Berkulit putih dan tiada sebarang jerawat pun yang mencelakan wajah anak gadis tersebut.  Senang kata perfect!
           “Nama saya Shakira Natalia bt. Samad.” Jawab Shakira sopan. Dia mencuci tangannya dengan air basuhan tadi. Burp! Alamak! Macam mana pula boleh tersendawa ni. Mak Yam hanya tergelak kecil. Shakira juga turut tergelak, menutup malu. Terserlah lesung pipitnya.
          “Siapa yang bawa saya ke sini, Mak Yam?” soal Shakira hairan. Dia membetulkan duduknya.
          “Tuan Danny yang bawa Shakira ke sini. Tuan Danny cakap Shakira pengsan di tanah perkuburan tu. Shakira buat apa dekat kubur tu?”
          “Shakira…Shakira..” Air mata Shakira menitis setitik demi setitik. Dia tak bersedia untuk bercerita. Dia belum cukup tabah. Hatinya dirasa bagai dihimpit-himpit. Pandangan Shakira berpinar-pinar. Ya! Shakira menjadi gadis yang lemah semangat dan mudah pengsan apabila melihat ayahnya dibunuh hidup-hidup di hadapannya sendiri. Dia masih ingat apabila ayahnya tersenyum kelat di pangkuannya hingga ke akhir nafasnya. Dan dia juga masih ingat senyuman sinis jantan tak guna (ah long) yang menyeksa dan melacurkan dirinya.
          “Shakira! Bangun nak!” jerit Mak Yam kabut. Itulah perkataan yang terakhir didengarnya apabila pandangannya makin kelam.

*#*#*#*#*

           Aryan mengeluh kasar. Dia buntu. Baru sebentar tadi Mak Yam menelefonnya bahawa Shakira pengsan lagi. Kenapa Shakira asyik pengsan je? What wrong with her? Dia sakit ke? Mana keluarga dia? Oh, misteri sungguh gadis bernama Shakira ni!
          Dia membelok kereta BMW M-3 miliknya ke kawasan perumahannya. Apabila sampai sahaja di rumah, Aryan terus meluru masuk. Dia menjerit memanggil nama Mak Yam.
         “Danny! Shakira masih di atas. Tadi dia dah sedar tapi Mak Yam suruh dia tidur balik. Mak Yam dah telefon Dr. Shima. Kejap lagi dia sampai.” Ujar Mak Yam yang muncul dari dapur.
          Aryan mengeluh lega apabila Shakira sudah sedar. Dia tidak perlulah risau sangat memandangkan Dr. Shima akan tiba sebentar lagi. Dr. Shima adalah doktor peribadi keluarganya. Umur pula dah 41 tahun. Dah tua dah pun. Takde peluanglah nak ngorat!
          “Danny dah solat?”
          “Belum, Mak Yam. Mak Yam ada masak tak? Danny laparlah Mak Yam.” Ujar Aryan manja. Panggilan Danny adalah panggilan manjanya di dalam keluarga. Dia senang apabila orang memanggilnya Danny sebab nama abangnya juga ada Aryan. Aryan Safwan. Dah kahwin dah pun. Anak pun dah dua. Aku ni tak kahwin-kahwin. Umur dah 26. Tapi masih memegang bujang trang tang tang.
          “Ada. Danny pergi mandi, solat, lepas tu, turun makan. Ok?” kata Mak Yam sambil mengusap manja rambut Aryan. Dia bagaikan mak Aryan setelah Aryan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan 2 tahun lalu. Abang Aryan pula tak sudah-sudah rajuknya. Merajuk sebab mak dengan ayahnya menyunting gadis yang tidak disukainya walhal dia dah ada kekasih hati. Abangnya lari ke London dan kahwin di sana. Bahagia dah pun. Mak dengan ayah pun dah maafkan abang. Tapi abang tetap keras hati tak nak balik. Tak tahulah apa yang seronok sangat kat sana. Terkontang-kantinglah Aryang menguruskan syarikat arwah ayahnya. Kasihan!
          Aryan lantas mengangguk lalu berlalu ke bilik. Sempat lagi dia menyinggah ke bilik Shakira. Intai dari pintu je. Haduihhh! Penat gila! Nak patah tulang. Lepas pergi site, kena pergi pejabat Dato’ Rahim pula. Ni semua sebab anak dia yang tergedik-gedik nak jumpa. Meluat! Sapa lagi? Farisyalah tu. Tak pernah putus asa nak pikat aku. Dah aku tak nak, tak naklah maknanya. Hish! Tak paham-paham.
         “Tolongg…Lepaskan saya…”
         Aryan terkedu mendengar rintihan tersebut. Hatinya tersentuh. Dia segera mendekati Shakira. Kelihatan air mata membanjiri pipi mulus Shakira. Dia menyeka air mata Shakira. Perasaan ingin tahu Aryan makin membuak-buak. Apa yang terjadi sebenarnya? Aryan menggoncang badan Shakira lembut. Makin digoncang makin deras air mata Shakira mengalir. Aryan membisikkan kalimah Syahadah di telinga Shakira. Serentak itu Shakira bangun dan beristighfar.
         “Aryan!” jerit Shakira terkejut. “Awak yang dekat kubur tu?” soal Shakira sambil membetulkan tudungnya yang senget.
         Aryan hanya tersenyum manis memandang Shakira. Dia menggaru kepalanya. Tak tahu macam mana nak explain.
         “Shakira, what happen to you? Kenapa badan awak lebam-lebam? Awak kena dera ke?” soal Aryan ala-ala Sherlock Holmes.
     “Saya…saya…” Kata Shakira tergagap-gagap. Peluh mula timbul di dahinya.
     “It’s okey kalau awak tak nak cakap. Just rest, okay?” Aryan mengalah. Dia tak sampai hati melihat bibir Shakira mengigil-gigil hendak menjawab soalannya. Suatu hari nanti tahu jugak kan? Dia menyuruh Shakira baring lalu menyelimutinya. “Nak saya dodoikan awak ke?” usik Aryan sambil mencuit hidung Shakira. Manja.
     Shakira menepis kasar cuitan Aryan. Mukanya nampak begitu marah. Suka hati je nak cuit aku! Kalau nak cuit aku sangat, kahwinlah dengan aku, kan? Bisik hati Shakira nakal. Hehehehe… Shakira sebenarnya senang dengan perhatian Aryan terhadapnya. Rasa seperti dihargai. Tapi memikirkan yang dia tiada hubungan dengan Aryan, dia bersikap dingin.
    “Sorry!” Ujar Aryan sambil mencuit hidung Shakira lagi. Aryan tergelak nakal. Dia pantas menolak pintu untuk berlalu. Malangkan tak berbau….Dr. Shima yang  berada di hadapan pintu bilik itu dirempuhnya. DUMMM! Habis!
    Dr.Shima menjerit sakit. Aryan mengaduh sakit. Dahi masing-masing benjol dan merah. Hahahaha…. Padan muka kau Aryan! Tapi kesian perempuan tu. Siapa perempuan tu ek? Korang semua tahu tak? (^_^)
    “Aryan! Habis Dr. Shima pun dirempuhnya! Bertuah punya budak.” Jerit Mak Yam marah sambil membawa penyapu. Mengacah nak memukul Aryan. Aryan tergopoh-gopoh melarikan diri. Shakira dan Dr. Shima pula ketawa riang. Hilang sudah kesakitan Dr. Shima.
*#*#*#*#*
     Shakira menggeliat malas. Matanya mengerling jam loceng di sisi katilnya. 7.00 pagi??! Oh My God! Aku belum sembahyang lagi ni.Shakira mencapai tuala dan begegas masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil berus gigi lalu beruslah gigi dia kan? Cukuplah kot. Solat dulu.
     “Shakira! Shakira!” Terdengar jeritan Aryan dari luar pintu biliknya. Shakira ketawa lucu apabila teringat hal semalam. Teruk jugaklah Mak Yam bantai dia. siap merajuk lagi. Terpaksa Mak Yam masak sup cendawan, favourite Aryan ketika dia tengah merajuk. Menurut kata Mak Yamlah.
      BUMMM!
      Roboh pintu bilik Shakira. Muka Aryan kelihatan bimbang pada mulanya. Lama-kelamaan, menjadi tegang. Urat-urat tangan Aryan yang kehijauan mula timbul. Ni mesti keturunan Hulk.
      “Kenapa kau tak buka pintu ni!?? Aku ketuk separuh mati pun takkan kau tak dengar. Berapa tahun telinga kau ni tak korek hah??!” Aryan menunjal-nunjal kepala Shakira. Shakira hanya terkedu melihat kemarahan Aryan.
       Aryan bertambah berang apabila Shakira tidak menjawab soalannya. Dia lantas mengangkat tangan untuk menampar pipi mulus Shakira.
       “Tolong! Jangan apa-apakan aku. Aku minta maaf.” Air mata Shakira mula mengalir deras. Kisah silamnya mula menghantui dirinya. Bayangan Ah Long merogol dirinya, bayangan ayahnya dibunuh hidup-hidup di hadapan matanya sendiri dan bayangan Aryan berwajah garang tadi.  Dia sungguh takut.
       Aryan terkedu melihat keadaan Shakira. Dia menyesal kerana marah Shakira. Dia menarik tubuh Shakira yang teresak-esak itu ke dalam pelukannya. Shakira yang masih dalam ketakutan itu membalas dakapan Aryan di luar kawalannya sendiri.
       “ARYANNN?!”


BACALAH NUVEL SAYA NI YE...!

                                       KAU DAN AKU SELAMANYA! 1


Hujan berlumba-lumba turun membasahi bumi. Kelihatan seorang gadis berumur dalam 20-an berteleku di sisi pusara. Dia mengesat air yang mengalir di tubir matanya. Entahkan air hujan, entahkan air mata. Dia memeluk tubuhnya kesejukan. Baju kurung cotton berwarna hijau lembut diperah perlahan.
           Bye, sayang! Lain kali Mama Kira datang lagi! Desisnya. Dia bangkit lalu melangkah laju meninggalkan pusara tersebut. Tanpa dia sedari, dia telah melanggar seorang lelaki. Gadis tersebut jatuh tersungkur lalu menangis teresak-esak. Aku tak cukup kuat! Aku rindu Aisyah! Raungnya dalam hati.
           “Miss! Are you okay. Maaf. Saya tak sengaja. Mana kereta awak? Saya boleh tolong hantarkan.” Ujar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan gadis tersebut. Lelaki tersebut menjengah-jengah di kawasan perkuburan tersebut. Tiada sebarang kereta selain daripada BMW M-3 miliknya.
            Tiba-tiba gadis tersebut meraung-raung lalu pengsan. Lelaki tersebut menggelabah. Dia risau. Hujan makin lebat. Dia menggendong gadis tersebut lalu dibawa masuk ke dalam keretanya. Dia meletakkan gadis tersebut di seat sebelahnya. Dia membetulkan tudung gadis tersebut dan bajunya yang kuyup.
            Alangkah terkejutnya apabila dia terlihat satu parut yang panjang di lengan gadis tersebut. Dia menyising lengan baju gadis tersebut yang lagi satu. Terdapat banyak kesan lebam. What the hell?! Mangsa dera? Oh My ALLAH!
            Dia memecut laju keretanya menuju ke rumah di Country Heights.
            “Aisyah, Mama Kira mintak maaf! Mama Kira yang salah.” Racau gadis tersebut. Bibirnya menggigil kesejukan.
             Lelaki tersebut menaikkan suhu air-cond dan mencapai jaket kulit miliknya lalu disarungkan ke tubuh gadis tersebut. Dia kasihan melihat gadis tersebut. Lelaki tersebut menekan brek mengejut apabila terlihat sebatang kayu yang agak besar tersadai di laluannya. Ini menyebabkan kepala gadis tersebut menoleh ke arahnya.
             Alangkah terperanjatnya lelaki tersebut apabila melihat gadis tersebut. Shakira Natalia! Desisnya. Dia teringat kenangannya bersama gadis tersebut…..

*#*#*#*#*
           
          
             “Oh no! Aku dah lambat.” Jerit Aryan Haikal. “Pak Mat, tolong laju sikit,ya? Aryan dah lambat ni! Nanti mengamuk pulak ‘singa betina’ kat sekolah Aryan tu.” Pintanya sambil membetulkan tali lehernya. Dia kena jaga penampilannya kerana dia adalah anak kepada Tan Sri Lokman. Siapa yang tak kenal Aryan Daniel bin Tan Sri Lokman? Satu sekolah kenal. Semua perempuan sibuk meng‘usha’ dia. Tapi dia dah ada kekasih, Farisya Nyna bt. Dato’ Rahim, Queen of SMKCH.
             “Dah sampai, Aryan.” Ujar Pak Mat. “Terima kasih, Pak Mat. Oh,ya! Hari ni saya ada latihan bola sepak. Pak Mat tak payah jemput. Saya balik dengan kawan saya nanti.” Beritahu Aryan sambil menyalami tangan tua Pak Mat.
              “Hmmm.. Iyalah.”
              Mercedes Benz meluncur laju meninggalkan Aryan di hadapan pagar SMKCH. Aryan terlihat Shakira Natalia a.k.a ‘singa betina’ bercekak pinggang melihatnya. Mampus aku! Desisnya.
               “You are late, Aryan!” marah Shakira. Shakira mengelap peluh yang meleleh di dahinya. Kulitnya yang putih mulus nampak kemerah-merahan akibat panahan mentari pagi. Dia mencatat nama Aryan di dalam buku notanya.
                “Esok kau datang awal ke lambat? Aku nak tulis nama kau siap-siap.” Tempelak Shakira. Aryan hanya buat muka selamba. Dah biasa! Rutinlah kot!
                “Darling!” jerit satu suara manja. Ini lagi sorang. Nama mereka je dah penuh dalam buku aku. Desis Shakira marah. “Kau pulak! Esok datang awal ke lambat?” soal Shakira sambil mencatat nama Farisya Nyna.
                 Farisya Nyna langsung tak menghiraukan Shakira. Dia lantas menarik tangan Aryan berlalu pergi. Sempat lagi Aryan melambaikan tangannya. Shakira mengetap gigi. Geram. Diorang nikan! Haih! Keluh Shakira sambil menutup pintu pagar SMKCH. Dari aku sibuk pening fikirkan diorang, baik aku pergi study. Shakira berjalan perlahan sambil bernyanyi-nyanyi kecil.
                “Shakira! Shakira!” Jerit satu suara garau nyaring. Mata-mata nakal pelajar SMKCH mula bekerja. Huh! Adalah gossip yang nak direka tu! Ngomel hati Shakira marah. Shakira lantas berhenti dan berpaling.
                 Huh,apa lagi yang jantan ni nak?! Marah hatinya. “Apa?!” soalnya kasar. Aryan berlari-lari anak menuju ke arah Shakira. Dia menghulurkan sekeping sampul surat kepada Shakira. Shakira memandang pelik. Dia lansung tidak menyambut huluran tersebut.
                “Nah, ambillah!” katanya ringkas. “Aku bagi pada orang yang special je tau.” Bisiknya perlahan. Tidak mahu sesiapa pun yang mendengarinya. Shakira terkedu. Hilang kata. Dia hanya melihat Aryan yang berlalu pergi dengan lambaian. Pelik! Itu sahaja yang berada di benaknya.
                 KRINGGGGGGG!!!
                Loceng untuk masa pertama telah berbunyi. Shakira mempercepatkan langkahnya. “Oh ayah kau masuk jamban!” latah Shakira apabila terlihat seekor katak melompat ke arah seragam sekolahnya. Satu kelas bingit dengan tawa nakal dari kelas 5 Aman 1.
               Shakira berpaling ke arah meja di hujung kelas. Dia tahu angkara siapa. Aryan Daniel! Dia sendiri tidak tahu mengapa Aryan suka mempermainkannya sedangkan dia tidak pernah cari pasal dengannya. Takkanlah sebab dia selalu mencatat nama Aryan kerana kerap datang lewat. Impossible!
               “Ehemm! Ehemm!” dehem satu suara di hadapan pintu kelas 5 Aman 1. Puan Sue hanya memandang pelajar kelasnya itu geram. Hish! Budak-budak ni! Kalau tak buat aku marah sehari tak sah! Hatinya mendongkol geram.
               Semua pelajar kelas 5 Aman 1 senyap. Ketua kelas mula memberi salam dan dikuti dengan pelajar yang lain. Mereka mengeluarkan kertas kerja Sejarah untuk dibentangkan apabila menerima arahan daripada Puan Sue.
                “Kira! Kamu mula dulu. Siapa partner kamu?” ujar Puan Sue sambil mengemas borang lisan pelajarnya.
                “Saya buat sorang je Puan Sue.” Jawab Shakira ringkas. Dia segera megeluarkan kertas kerjanya. Alangkah paniknya apabila kertas tersebut tidak dijumpainya. Dia terlihat senyuman sinis Farisya. Ini mesti angkara dia!
                “Shakira! Mana kertas kerja kamu. Jangan cakap kamu tak bawa. Minggu lepas pun kamu kata tak bawa.” Soal Puan Sue. Memandang Shakira tajam. Shakira memanglah pelajar terbaiknya. Tetapi sudah masuk dua kali dia tidak membentangkan kertas kerjanya. Itu yang membuatkan Puan Sue berang. Dia memang pantang kalau kes macam ni.
                 “Berdiri dekat luar kelas! Sekarang! Dan markah untuk ujian lisan kamu adalah zero.” Marah Puan Sue. Shakira hanya membuat muka bersalahnya. Tidak melawan mahupun mempertahankan kebenaran. Dia sudah biasa. Sejak dulu lagi dia sering dilakukan seperti itu. Redha jelah kan?
                  Shakira melangkah lesu keluar dari kelas. Setiap pelajar yang melintas di hadapannya dihulurkan senyuman kelat. Ada yang membalas. Ada yang buat tak tahu. Dan ada yang mengutuk dirinya.
                  “Kau tengok tu. Perempuan gila kuasa tu kena denda. Padan muka dia!” bisik Tina kepada Mia. Tina dan Mia adalah ahli kumpulan Farisya. Sudah tentulah namanya wanted dalam kumpulan tu.
                   Haih! Keluh Shakira . Sebak.

*#*#*#*#*

                  “Alahai, basikal! Time kat sinilah kau nak pancit! Dahlah lain macam je aura kat sini.” Keluh Shakira. Dia memerhati keadaan sekelilingnya. Hutan! Hish! Dekat tengah KL pun ade hutan. Baik aku blah cepat-cepat. Shakira segera menolak basikalnya laju. Bila takut menyelebungi diri, apa pun dah tak kisah. Lantaklah!
                   Shakira terkedu apabila melihat 3 orang lelaki yang sedang melepak di pondok bas. Dia memberanikan diri. Kakinya dihayun laju.
                   “Pheewiitt! Awek bai! Jom kita usha dia.” Ujar salah seorang daripada mereka yang bertubuh agak gempal. Usikan tersebut disambut dengan hilai tawa nakal mereka. Shakira menghayun kakinya laju. Lebih pantas.
                   3 orang lelaki tersebut mengikut langkah Shakira. Shakira rasa hendak menangis sahaja. Pelbagai soalan diajukan. Shakira tetap mengunci mulutnya. Diam. Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Lengan bajunya terkoyak sedikit akibat rentapan tersebut. Lelaki yang bertubuh agak gempal itu berang apabila Shakira tidak menjawab soalan yang diajukannya.
                    “Ooo… Jual mahal ya!” Dia menarik tangan Shakira kasar ke arah semak. Shakira merayu meminta simpati. 2 orang kawan lelaki tersebut hanya memandang sinis dan berlalu pergi. Air mata mengalir laju dari tubir matanya. Dia menolak lelaki gempal tersebut yang cuba menindih dirinya dengan kudrat perempuannya yang tak seberapa ni. Lelaki tersebut menampar-nampar pipi Shakira hinggakan gadis tersebut pengsan.
                    Dia merentap baju Shakira hingga menampakkan separuh bahagian dadanya. Lelaki tersebut mencium pipi dan leher Shakira rakus.
                    “Hoiiii!” Jerit satu suara. Hah! Hero Malaya dah mai dah! Dia menarik kasar kolar baju lelaki jahanam tersebut menjauhi Shakira. Tanpa sempat si jahanam tersebut bersedia, dia telah ditumbuk bertubi-tubi. Hero tersebut menendang pula perut si jahanam. Akhirnya, si jahanam terdampar lesu di tepi semak.
                   “Dahlah tu, Aryan. Kan kekasih hati kau selamat tu. Karang mati  pula budak ni karang. Dah jadi kes polis.” Ujar Danish menarik Aryan menjauhi si jahanam.
                  Aryan menggendong Shakira dan meletakkannya di atas bangku di pondok bas tersebut. Kelihatan kesan-kesan lembam menghiasi wajah mulus Shakira. Dia sempat menelefon Pak Mat agar segera datang ke sini. Tujuannya hanya satu. Menyelamatkan Shakira.
                  “Hei, Aryan! Relaxlah. Dia Cuma pengsan je. Kejap lagi dia sedarlah.” Ujar Danish cuba menenangkan Aryan yang macam suami mati bini tu. Danish pelik. Dia tidak pernah melihat Aryan sekabut ini.
                    Tidak lama selepas itu, Shakira mula menunjukkan keadaan yang positif. Matanya dicelikkan. Dia menjerit merayu-rayu agar dia dilepaskan.
                    “Shakira! Ini aku, Aryan. Jangan risau. Kau selamat.” Terang Aryan. Menenangkan Shakira. Shakira berhenti menangis. Dia melihat keadaan dirinya. What?! Aku dah macam separuh bogel. Tudung pun entah kemana. Shakira menutup bahagian dadanya yang agak terdedah dengan tenang. Dia malu dengan Aryan.
                      Pinnnnn!!!  
                       Pak Mat segera turun daripada kereta, mendapatkan Aryan. “Kenapa ni, Aryan? Siapa perempuan ni?” soal Pak Mat pelik.
                       Aryan tidak menjawab. Dia segera membuka but belakang kereta. Dia mengambil jaket kulitnya lalu dihulurkan kepada Shakira. Shakira terkebil-kebil memandang Aryan yang begitu baik melayannya hari ini. Dia mengambil jaket tersebut lalu disarungkannya.
                       “Jom! Aku hantar kau balik.” Ujar Aryan dengan muka yang memerah. So cute! Desis Shakira. Dia hanya mengikut langkah Aryan menuju kereta. Terpukau. Pak Mat segera mendekati kereta, memandu.
                       “Danny! Aku chow dululah!” pinta Aryan. Danish hanya menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangannya. Tata!
                        Shakira hanya diam. Sedikit pun tidak berkutik. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berani menentang panahan mata Aryan. Aryan tahu Shakira cuba untuk menenangkan dirinya. Dia membiar Shakira melayan perasaannya sendiri.

*#*#*#*#*
Keesokan harinya di sekolah….
         “Shakira!!!” jerit satu suara. Farisya! Awal pula dia hari ini. Desisnya. Shakira segera menoleh kea rah Farisya. Alangkah terkezutnya Shakira apabila tangannya direntap kasar oleh Tina dan Mia. Shakira ditarik hingga ke belakang sekolah.
         Shakira terlihat Aryan and the geng tengah makan keropok lekor di belakang sekolah. Tina dan Mia menolak Shakira kasar hingga tersungkur gadis tersebut. Nasib baik Danish, kawan Aryan sempat menyambutnya.
          “You suka perempuan ni kan?! Disebabkan perempuan ni, you dah tak pedulikan I! How could you?!” marah Farisya.
          “Farisya, apa ni! Takkan sebab I tak nak teman you shopping semalam, you nak buat macam ni! Fikir matanglah sikit, Farisya!” balas Aryan marah.
           “You ingat I tak nampak apa yang terjadi semalam?! Disebabkan you plan I hancur tahu tak?!” balas Farisya kembali tanpa menyedari yang dia telah membocorkan plan rahsia dia. Mia dan Tina menepuk dahi mereka.
            Shakira menitiskan air matanya. Setitik. Setitik. Dan bertukar esakan. Kenapa semua orang membencinya? Apa salah dia? Soal hati Shakira. Sebak.
          “So, itu semua angakara kau! Kau memang betina busuk hati! Memang! Aku mengaku yang aku memang mencintai Shakira sepenuh hati aku! I love her so much! Puas hati kau?!” ujar Aryan berang. Farisya menitiskan air matanya. Dia berlari meninggalkan mereka semua. Sempat lagi dia menampar pipi Aryan.
           Shakira terkedu. He loves me? Biaq betoi! Tanpa sedar Shakira tersenyum bahagia. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sudah lama dia menyimpan perasaan ini. Akhirnya!
           “Shakira! I’m so sorry.”  Aryan mendekati Shakira sambil menyusun sepuluh jari. Maaf.
            “Betul ke kau suka aku?” Tanya Shakira teruja. Tapi coverlah kan. Shakira buat muka bengis.
            “Of courselah tak. Aku hanya nak puaskan hati betina tu!” bohong Aryan. Ego! Dia menyambung kembali sesi pemakanan keropok lekor. Sedapnya. 
           Pranggg!! Hati Shakira retak seribu. Aku bertepuk sebelah tangan rupanya. Shakira menepuk dahinya. Air matanya bagai meronta-ronta nak keluar. Tahan! Jangan kau nangis kat sini. Ingat sikit sapa diri kau! Kau hanya anak seorang penjual nasi lemak tepi jalan. Mana sama taraf dengan dia!
           “Oh, baguslah! Aku tak nak main cinta masa belajar ni.” Ujar Shakira selamba. Menutup tangisnyalah tu. Dia berlalu pergi. Tik! Tik! Air matanya jatuh menyembah bumi. Ya ALLAH! Kau kuatkanlah hatiku. Aku hanya sayangMu Ya ALLAH!
          “Perhatian kepada Shakira Natalia bt. Samad! Sila ke pejabat sekarang juga.  Bapa anda sedang menunggu anda!”
           Shakira segera berlari anak ke pejabat apabila mendengar pengumuman tersebut. Dia menyapu air matanya. Kasar. Dia melihat Pak Samad, abahnya memegang fail sekolahnya. Apa pula kali ni? Soal hatinya.
           “Abah! Kenapa ni, bah?” soal Shakira. Tidak sabar.
           “Kita kena pindah Shakira. Secepat mungkin.” Jawab abahnya tenang. Pn. Kalsom, guru kelasnya hanya mengangguk. Dia tahu akan masalah keluarga tersebut. Pn. Kalsom adalah jiran Shakira. Keluarga Shakira sering diganggu oleh ah long. Ah long tersebut sedang mencari abang Shakira. Keluarga Shakira sendiri tidak tahu di mana abangnya berada.
           “Tapi kenapa? Ah long ya?” teka Shakira tepat. Abah Shakira hanya menekur lantai. Serba salah. Tak pun tengok debu. Hehehehehe….. 
            Shakira diam tak berkutik. Dia hanya pasrah. Sudah lebih 5 kali dia berpindah. Hanya di KL sahaja Shakira menetap lama. Lebih kurang 6 tahun. Shakira mengeluh. Bagaimana aku nak tinggalkan sekolah ni sedangkan hati aku di sini. Aryan Daniel!
           Aryan terkedu. Sudah lama dia mengintip Shakira di sebalik pintu pejabat. Shakira nak pindah? No way! Aku takkan benarkan. Tapi…. Macam mana aku nak tolong. Duit bulanan aku jer pun 150 ringgit. Ayah aku tak kasi duit banyak-banyak. Takut nanti aku pergi ‘melabur’ (membazir). Hehehehe…. Desis Aryan pening.
           Shakira dan abahnya keluar dari pejabat. Aryan hanya memandang. Tak tahu nak buat apa. Shakira! Kalau kita ada jodoh, pasti akan betemu lagi! Bisik hati Aryan sebak. Dia hampir menitiskan air matanya.