We Love Each Other

We Love Each Other
comel tak muncung kami \(^3^)V

Tuesday 11 February 2014

today is my sister's birthday..
can't wish her.. because of i'm staying at hostel..
anyway Happy Birthday Mila..
love you so much ..

Sunday 15 December 2013

I Love You Mr. Egois 11 !



                                                  BAB 11

Khayla membetulkan skirt paras lututnya. Blouse merah garang dipadankan dengan tali pinggang hitam. Kasut tumit tinggi Louis Vuitton yang dihadiahkan oleh bapanya disarung. Rambut panjang kehitamannya diikat kuda. Wajahnya ditelek penuh minat di hadapan cermin. Memastikan tiada sebarang kecacatan di wajahnya. Okay, perfect!

Khayla melangkah penuh gaya menuruni banglo mewah tiga tingkat milik bapanya, Tan Sri Rahim. Hari ni, dia akan bertemu dengan Tengku Farish Izhan. Tak sabar rasanya!

Morning daddy!” Khayla mencium kedua-dua belah pipi bapanya. Dia mengambil tempat bertentangan Tan Sri Rahim. Air susu panas di hadapannya dihirup perlahan.

Morning Sara! Anak daddy cantik-cantik ni nak pergi mana?” Soal Tan Sri Rahim lembut. Khayla Qaisara. Itulah satu-satunya tanda cintanya bersama Halina. Selepas Halina selamat melahirkan Khayla, dia disahkan menghidap penyakit barah otak tahap empat. Suami mana yang tidak sedih apabila melihat isterinya setiap hari merintih kesakitan. Bukannya dia tidak pernah membawa Halina berubat di luar negara, tetapi hasilnya tetap sama. Tidak sampai dua bulan, Halina pergi menyambut panggilan Illahi. Kasihan Khayla! Tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu.

Dia pernah juga dikenenkan dengan beberapa orang wanita. Tetapi hatinya tetap pada Halina.   Baginya biarlah Halina seorang yang menjadi suri hidupnya.

Daddy! Dengar tak apa yang Sara cakap ni?” Rengek Khayla manja. Lamunan Tan Sri Rahim terhenti.

“Apa dia sayang? Sorry. Daddy tak dengar.”

“Sara nak pinjam kereta daddy. Boleh ya daddy?”

“Kereta Sara kan ada? Kenapa nak pakai kereta daddy pula?”

“Saja tukar angin. Bolehlah daddy..”

Tan Sri Rahim berfikir sejenak. Bukan senang dia hendak memberi kereta Ferrari FF yang baru dibelinya dua hari lepas kepada sesiapa pun. Kereta kesayangan tu. Dibawa dari Scotland lagi.

“Oklah. Tapi dengan satu syarat.. Jaga kereta daddy elok-elok. Keluaran terhad tu.” Tan Sri Rahim mengusap kepala anaknya lembut.

Khayla mengangguk laju. Yay! Bolehlah dia berlagak dengan rakan-rakannya nanti. Terutama sekali Fina. Bukan main berlagak lagi perempuan tu. Maklumlah dapat Nissan Skyline. Huh!

So, macam mana kerja dekat sana? Semuanya okay?” Tan Sri Rahim menyoal sambil menyuap nasi lemak sambal ayam kegemarannya. Lama jugak dia tak makan makanan berat pagi-pagi. Awal-awal lagi dia meminta orang gajinya masak nasi lemak. Meletop!

Everything is fine, daddy. Tapi ada satu mamat tu yang Sara tak suka. Apa nama dia? Hah! Hariz Daniel. Semua nak dengar cakap dia. Cadangan Sara semuanya dia tolak mentah-mentah. Hish! Geram betul.” Ucap Khayla bersemangat. Berharap Tan Sri Rahim akan ‘basuh’ Hariz Daniel secukupnya. Haha.. Khayla tergelak jahat.

“Tengku Hariz Daniel? Sara sepatutnya beruntung sebab partner dengan dia. Dia berkemahiran. Semua cadangan dia memang bernas. Ke Sara yang suka cari pasal dengan dia, hmm?” Teka Tan Sri Rahim tepat.

Daddyy! Urghh. Tak nak kawan daddy.” Khayla mencapai kunci kereta dan handbagnya lalu melangkah keluar dari banglo tersebut. Sebal pula hatinya mengenangkan Tan Sri Rahim menyebelahi musuh tak rasminya itu.

“Sara, jaga kereta daddy tu elok-elok! And one more thing, jangan benci-benci sangat. Nanti terjatuh hati nanti, baru Sara tahu.” Usik Tan Sri Rahim sambil ketawa. Suka melihat wajah kemerahan anak daranya itu apabila menahan marah.

No way daddy!” Khayla memecut laju Ferrari FF milik papanya itu.

“Jahanamlah kereta aku tu. Haih..” Keluh Tan Sri Rahim. Sudah beberapa kali anak kesayangannya itu menjahanamkan kereta-kereta sport miliknya. Nissan Skyline, Bugatti Veyron dan Ford GT. Semuanya tengah repair. Ratus ribu jugaklah habis. Nasib baik anaknya tiada kecederaan yang serius. Just calar-calar sikit je. Kalau tak, manalah dia nak cari ganti. Sara! Sara! Nakal betul anaknya itu.


KHAYLA memeluk lengan Iz penuh manja. Walaupun sudah beberapa kali ditepis dan ditegur oleh Iz, dia masih memeluk lengan pemuda tersebut. Dia tersenyum bangga apabila melihat banyak gadis tertoleh beberapa kali melihat kekasih hatinya.

“Sayang.. Temankan I beli hadiah untuk kawan I. Untuk birthday dia. Jomlah. Lepas tu, I belanja you makan dekat Kenny Rogers and then kita tengok wayang. Okay? Please..” Pujuk Khayla. Dia menarik lengan Iz memasuki sebuah kedai jam berjenama.

“Khayla. I nak pergi solat sekejap. You tak boleh solat ke?” Iz cuba berdalih. Tapi sebenarnya dia memang mahu ke musolla pun. Waktu asar makin hampir. Tak elok rasanya dia melewatkan solat. Lagipun dia penat. Nak patah kaki rasanya menemani Khayla shopping. Mengalahkan Tengku Maryam, mamanya.

“I.. Ermm.. I tak boleh solat. A’ah, I tak boleh solat! I tunggu you dekat KFC okay, dear?” Khayla terus berlalu.

Iz menjongketkan bahunya. Dia berlalu masuk ke musolla. Dia segera menunaikan solat Asar setelah mendengar azan. Baru sahaja Iz hendak menyarungkan kasut, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Mama!

“Hello, ma.”

Iz terdiam seketika.

What?! Sya jatuh tangga? How could it be? Okay, ma. I’m on my way.” Iz bergegas berlalu ke ruang meletakkan kereta. Langsung lupa dengan Khayla.

Sementara Khayla di KFC terkeluh-kesah menunggu Iz. Sudah dekat sejam dia menunggu Iz. Sudah dua ketul ayam ditelannya. Hish, mana pulak perginya ni? Entah-entah dia tinggalkan aku dekat sini. 

Tak guna punya lelaki! Urghh!

Khayla menghentak kakinya ke lantai. Nasib baik dia datang sendiri. Kalau tak, terpaksa balik naik teksi. Pintu Ferrari FF dibuka kasar. Melampiaskan rasa marahnya.

“Khayla Qaisara. What a surprise?” Bahu Khayla ditarik kasar dari belakang.

Khayla tersentak. “Fareed!”

Yes. Akulah ni. Kenapa sayang? Terkejut?” Sinis Fareed.

“Apa lagi yang kau nak? Antara kita dah tak ada apa-apa. Kau tak faham ke?” Bentak Khayla. Dia cuba merentap pergelangan tangannya daripada terus dipaut oleh Fareed.

“Itu bagi kau! Tapi bukan untuk aku. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je? Kau kena tunaikan janji kau dulu. Kau kena layan aku sekarang! Ikut aku!” Fareed menarik Khayla kasar mengikut langkahnya. Khayla meronta-ronta minta dilepaskan. Air mata bercucuran turun ke lekuk pipinya.

“Lepaskan aku Fareed. Aku minta maaf. Kau ambillah semua duit aku tapi tolong Fareed, jangan apa-apakan aku. Tolong Fareed. Aku merayu.” Pinta Khayla teresak-esak.

Fareed tidak mempedulikan rayuan Khayla. Tubuh Khayla ditolak kasar ke dalam keretanya. Khayla 
menutup matanya. Dia pasrah kalau itu takdirnya.

Entah kenapa tiba-tiba tubuhnya terasa ringan. Segera Khayla membuka matanya. Dia melihat seorang lelaki sedang membelasah tubuh kurus Fareed.

“Tak guna kau! Suka hati mak bapak kau je nak usik anak dara orang! Mak ayah kau tak pernah ajar kau ke hah?!” Marah lelaki tersebut sambil menumbuk perut Fareed bertubi-tubi. Fareed segera melarikan diri apabila dia terlepas daripada lelaki tersebut. Pautan Khayla pada lengan lelaki tersebut mematikan niatnya untuk mengejar Fareed.

“Biarkan dia. Thanks awak. Kalaulah awak tak ada..” Ayat Khayla mati di situ. Dia terkedu melihat gerangan penyelamatnya.

“Kau?!” Ujar mereka serentak.

“Ish, menyesal pulak aku selamatkan kau! Sepatutnya aku biarkan saja lelaki tu usik kau.” Gumam Danny lancang. Siapa lagi kalau bukan musuh tidak rasmi Khayla, Tengku Hariz Daniel.

Watch your mouth! Aku tak minta pun kau selamatkan aku. Kau yang selamatkan, kan? Kira rezeki akulah tu.” Ujar Khayla masih dengan lagak sombongnya.

Ish! Entah bilalah perempuan ni nak insaf? Masih lagi dengan sikap hidung tingginya.

What ever Cik Khayla Qaisara!” Danny sudah berkira-kira mahu pergi. Malas dia mahu layan minah senget ni.

Wait.”

“Apa lagi?” Soal Danny agak kasar.

“Ermm.. Boleh tak.. Ermm..”

“Ermm.. Ermm.. Apa yang kau nak sebenarnya ni?” Sergah Danny.

“Boleh tak kau temankan aku sampai kat kereta aku?” Laju Khayla berkata apabila disergah oleh Danny. Mukanya mula memerah. Terasa bagai egonya jatuh apabila dia sanggup meminta bantuan musuhnya itu. Malu pun ada jugak.

Danny tergelak besar. Tidak sangka pula gadis itu akan meminta bantuannya.

“Aikk. Kau takut ke?”

“Kau ingat aku ni hantu ke? Tak ada perasaan? Mestilah aku takut.” Khayla berwajah cemberut. 
Lelaki ini suka sangat cari pasal dengannya.

“Yalah. Yalah. Aku ni boleh dikira gentlemen jugaklah kan sebab sanggup tolong seorang gadis yang lemah tak terdaya. Kan?” Danny memuji diri sendiri. Dia tersenyum-senyum sambil menjongketkan keningnya.

“Perasan.” Gumam Khayla perlahan.

 “Apa? Tak payah teman. Okay!” Danny ingin berlalu pergi. Bukannya dia tidak dengar Khayla mengatakan yang dia ni perasan.

“Eh! Eh! Tak adalah. Aku cakap kau ni handsome, gentlemen, romantik. Tak perasan pun.” Laju Khayla memaut lengan sasa Danny yang ingin berlalu itu. Please don’t leave me alone! Desisnya.
Khayla berjalan perlahan mengikut langkah Danny. Dia hanya menunduk ke bawah. Malu pulak rasanya. Khayla segera masuk ke dalam kereta mewah milik daddynya itu. Dia memandu laju dan hampir-hampir melanggar Danny. Langsung tidak mengucapkan terima kasih.

“Tak guna punya perempuan. Dahlah tak berterima kasih, nak langgar aku pulak tu!” Rungut Danny. Nasib baik kau perempuan. Kalau kau lelaki, tahulah aku macam mana nak ajar kau.

Telefon Danny berdering minta diangkat.

Hello. Okay, mak long. Danny on the waylah ni.” Danny segera berlalu ke keretanya. Sya. Sya. Macam manalah kau boleh jatuh tangga. Nak dekat dah majlis kau ni.


AKU mengurut kakiku perlahan. Aduhai, terseliuh pula! Akibat terlalu asyik memikirkan tentang Iz yang keluar dengan Khayla, aku tersilap langkah. Urghh! Siapa Khayla tu? Girlfriend dia ke? Oh no! Kenapa kau nak ambil kisah tentang dia Sya?! Wake up. Dia bukan siapa-siapa untuk kau. Jangan jatuh hati dengan dia. Nanti hati kau sendiri yang sakit.

‘Mengaku jelah yang kau dah jatuh cinta dengan suami kau sendiri.’ Desis satu suara.

No! No! It can’t be.

‘Cuba kau buang ego kau tu jauh-jauh. Admit it!’

Kalau dia gelakkan aku macam mana? No way!

“Sya.” Tegur satu suara.

“Eh, Danny!” Terkejut aku dengan kehadiran lelaki tersebut. Menggelabah aku menyarungkan tudung syria di sisi aku. Menyesal pula aku cabut tudung. Nasib baik aku pakai anak tudung yang menutup keseluruhan rambut dan leher aku.

“Ops, maaf!” Memerah muka Danny. Terasa seperti dirinya pervert pula.

“Tak apa. Danny nak air? Sya pergi buat air ya?” Soalku menutup malu. Aku berkira-kira mahu bangun.

“Tak payah mengada-ngada nak berjalan. Tak sedar kaki tu terseliuh.” Sindir satu suara.

Aku berpaling ke arah tangga. Gulp! Iz. Jantungku dah mula tidak keruan. Wahai jantung! Janganlah kau buat hal.

Danny bangkit lalu bersalam dengan sepupunya itu. “Apa khabar bro? Lama tak jumpa.” Sapanya mesra.

“Aku macam yang kau tengok ni.” Iz tersenyum kecil. Danny adalah sepupu yang paling dia rapat. Mungkin kerana umur mereka sama. Sudah lama dia tidak jumpa sepupunya itu. Masa sepupunya itu masuk bekerja di hotelnya, dia sedang berbulan madu.

Sorrylah sebab tak datang wedding kau hari tu. Tapi, kali ni aku janji yang aku akan datang wedding kau.”

No worrylah. Aku tak kisah pun. Tapi aku nak minta tolong kau sikit ni.”

“Apa dia?” Sekilas Danny menjeling wajahku yang terduduk macam patung cendana. Rasa macam tak wujudlah pulak.

“Jadi pengapit aku.”

“Beres bos! Aku ingatkan kau nak minta tolong aku gantikan tempat kau sebagai pengantin tadi. Lagi aku suka. Kan, Sya?” Usiknya tersenyum nakal.

Mukaku mula memerah. Dia ni memang suka mengusik aku. tak suka betullah.  Aku membalas dengan senyuman. Wajah Iz aku jeling sekilas.

No way! Dia ni kekasih hati aku. Mana mungkin aku biarkan kau bersanding dengan dia. langkah mayat aku dululah!” Balas Iz sambil gelak tebahak-bahak. Tapi dalam hatinya, meluap-luap rasa cemburu apabila melihat Danny seolah-olah ada hati dengan isterinya.

Aku tersenyum kecil. Berbunga-bunga hatiku mendengar kata-kata Iz. Bahagianya hidup! Dia kata aku ni kekasih hati dia. Yippee!

Danny turut tergelak. Takkanlah dia nak rampas isteri sepupunya itu. “Okaylah. Aku minta diri dululah ya. Nanti umi aku bising pula.” Danny mengukir senyuman manis kepadaku. Ish, dia ni! Ada lagi sikap miangnya itu.

Sebaik sahaja Danny berlalu, Iz menarik tanganku menaiki tangga. Terjengket-jengket aku cuba untuk menyaingi langkahnya. Adoii, kaki aku dahlah sakit.

“Ish, kau ni boleh cepat sikit tak? Jalan terhegeh-hegeh. Mengalahkan kura-kura.” Iz mendecit.

“Kau lupa ke kaki aku ni terseliuh. Sakit tau! Aku report kat mama yang kau buli aku karang.” Ugutku sakit hati.

Iz berhenti mengejut. “A’ahkan. Lupa pulak aku!”

Aku terjerit kecil apabila Iz mengangkat tubuhku.

“Woi, turunkan aku! Ish, kau ni! Suka ambil kesempatan atas kesulitan. Turunkan aku cepat!” Aku meronta-ronta dalam kendongannya. Kalau ikutkan hati nak je aku gigit tangan dia ni.

“Aku lepaskan kau dekat sini karang.” Iz mengacah mahu mencampak aku ke bawah.

Aku menjerit. Lehernya aku paut sekuat hati. Bukan boleh percaya sangat suami aku ni. Buatnya dia campak aku betul-betul. Tak ke naya. Tak bersanding pulak aku minggu ni.

“Woi, sakitlah! Over reaction pulak kau. Suka ambil kesempatan atas kesulitan. Saja je nak peluk aku kan?” Iz memulangkan paku buah keras.

Aku menjengilkan mataku yang tak berapa nak bulat. Proteslah konon.

“Ehemm! Sya, Iz. Masuk bilik ya. Karang Mak Tom nampak pengsan pulak dia.” Usik mama yang kebetulan baru keluar dari bilik tidurnya.

“Iz tahulah mama.” Iz sudah tersenyum nakal. Tak guna betul. Bikin aku malu saja. Tak tahu mana nak sorok wajahku ni.

“Jangan bunting pelamin pulak. Karang tak muat pulak baju pengantin.” Usik mama lagi dari ruangan tangga.

Uuaaa! Janganlah buat aku malu macam ni.

Iz masih tersengih-sengih. Aku menumbuk bahunya kuat. Serentak dengan itu dia melepaskan pautannya pada aku. Cantik sahaja aku landing atas sofa.

“Aku nak solat. Kau boleh solat tak?” Soalnya selamba.

“Boleh.”

“Jom kita jemaah. Aku tunggu kat surau atas ni.” Ajaknya lembut. Iz berlalu pergi untuk mengambil wuduk.

Aku terkesima. Sekejap cuma. Perlahan-lahan senyuman bahagia terukir di bibirku. Iz sudah rajin solat sekarang ni. Solat pun awal waktu. Alhamdulillah! Ya ALLAH, kau panjangkanlah jodohku dengannya jikalau dia adalah hamba yang sememangnya tercipta untukku!

Aku segera berlalu mengambil wuduk. Tidak mahu Iz menunggu lama.

Dari kejauhan mama tersenyum girang. Gembira melihat perubahan anaknya. Gembira melihat hubungan anaknya dengan menantunya semakin baik. Ya ALLAH, aku mohon kau berilah sinar kebahagiaan kepada anak menantuku! Kau lindungilah mereka daripada hasutan syaitan yang direjam.


P/S : Sorilah malas nak update.. dkat p2u lambat sgt ! so, terpaksa saya update di sini.. utk bab yang sebelum2 ni ada dkat link ni. just click !

Tuesday 13 November 2012

I LOVE YOU MR EGOIS 1





                                                 

                                                                 BAB  1                                                      

“Aku terima nikahnya, Nur Iman Arnisya bt. Mohd Daud dengan mas kahwinnya seratus tujuh belas ringgit tunai.”

Siapa sangka aku akan berkahwin dengan musuh tradisi aku sendiri, Tengku Farish Izhan bin Tengku Syahran. Ish! Tak suka betul! Dahlah suka ejek aku gemuklah, tak lawalah, tak pandailah. Huh!

“Kau ingat aku nak sangat kahwin kau, hah ‘Panda’! Kalau bukan disebabkan mak aku yang suruh, jangan haraplah aku nak kongsi hidup aku dengan kau, tahu tak?” Itulah apa yang dikatakan suami yang baru beberapa minit aku nikahi semasa pertemuan pertama kami setelah bertunang. ‘Mr. Annoying’ betullah mamat ni! 

“Sya. Apalagi yang dimenungkan tu. Salam tangan suami kamu tu. Hish! Apalah budak ni! Time nikah pun boleh lagi termenung.”

“Tak payahlah sibuk fikir hal malam nanti. Nanti dah selesai karang, baru boleh difikirkan.” Kata mak andamku itu nakal. Disambut pula ketawa saudara maraku. Alamak! Malunya aku! Dahlah dari tadi ‘Mr. Annoying’ ni tersenyum sinis dekat aku. Habislah aku.

Aku menyambut huluran tangan tersebut dan ‘Mr. Annoying’ mencium dahiku lembut. Tiba-tiba aku berasa syahdu pula. Lantas air mataku gugur menyembah bumi setitik demi setitik.

“Alahai. Habis make-up nyah. Kena touch-up balik ni. Dah. Jangan nak menangis. Nanti makin teruk pula make-up kau ni Sya!” Kata mak andamku sambil mentouch-upkan mukaku supaya kelihatan berseri semula.

Kelihatan air mata tua mak aku juga turut menitis. Mak mendekati diriku lalu memelukku erat sambil memberi nasihat.

“Nanti makan pakai suami kamu jaga elok-elok. Jaga maruah suami dan mertua kamu. Jangan buat perangai. Ikat perut suami kamu tu dengan air tangan kamu tu. Bawa banyak sabar dalam rumah tangga ni. Rumah tangga ni, memang banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Dengar nasihat mak ni ya, Sya?” Nasihat mak aku lembut sambil mengusap kepalaku yang bertudung lembut.

“Mak. Sya tak yakin nak hadapi alam baru ni, mak. Sya takut. Kalau suami Sya ceraikan Sya macam mana?” Kataku yang sememangnya bermulut celupar.

“Ish! Apa cakap macam tu. Tak elok. Dah. Pergi salam ibu mertua tu. Dari tadi asyik pandang kamu. Tersenyum-senyum dia. Dah pergi sana.” Arah mak aku sambil menolak bahuku lembut.

“Tengku…” Aku mencapai tangannya lalu menyalamnya.

“Eh! Kenapa panggil Tengku pula. Panggil mama. Okay, sayang?” Katanya lembut sambil mencium kedua-dua belah pipiku sambil menangis.

Aku tergamam dengan tindakan spontan ibu mertuaku. Aku lantas memeluk dan memujuknya agar tidak menangis. Aku lebih tergamam apabila melihat ‘Mr. Annoying’ tersenyum manis kepadaku. Terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Aku merasakan seolah-olah ada arus elektrik mengalir pada urat sarafku. Jantung aku berdegup pantas. Nafasku pula kian sesak. Adakah ini yang dipanggil cinta?

Aku makin kalut apabila ‘Mr. Annoying’ mendekati kami. Aku melihat dia menarik badan mama dariku lalu memeluknya sambil berbisik sesuatu. Aku melihat mama hanya terangguk-angguk.

Tiba-tiba…

“Aaaahhhhh... Tepi! Aku nak jumpa Nisya! Yang kau nak halang aku apahal?! Ini urusan aku dengan dia.” Aku terdengar satu suara yang amat aku kenali. Aku kalut apabila suara itu makin mendekati aku. Aku hanya menekur lantai. Aku tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kejap lagi.

“Nisya. Sampai hati awak buat saya macam ni! Saya sayang awak. Saya boleh bagi apa saya yang awak nak. Tapi, kenapa awak kahwin dengan dia ni?! Apa kurangnya saya?!” Katanya kasar separuh memujuk sambil menggenggam tanganku erat.

“Mungkin kita memang dah tak ada jodoh, Rif.” Kataku sambil cuba meronta minta dilepaskan. Aku risau apabila kami telah menjadi perhatian ramai tetamu.

Dia semakin bertindak kurang ajar apabila dia cuba untuk memelukku. Aku cuba untuk mempertahankan maruahku dan keluargaku. Dia tidak pernah berkelakuan seperti ini sebelum ini. Selalunya, dia menjaga adab sebagai orang Islam dan tidak pernah sekali-kali menyentuh aku. Itu yang membuatkan aku senang berkawan dengannya. Tetapi kebaikan aku telah disalah erti. Dia menyangka aku menyukainya.

Suami aku a.k.a. ‘Mr. Annoying’ menarik aku lembut dan memeluk bahuku erat seraya berkata “Kalau kau nak sentuh Nisya aku ni, kau langkah mayat aku dulu. Ada faham?” kata ‘Mr. Annoying’ tenang.

Aku tahu suamiku hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan keluarga. Alangkah bagus kalau tindakannya itu benar-benar datang daripada hatinya. Akulah perempuan yang paling bahagia di saat ini agaknya.

“Baiklah, Nisya! Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu sahaja. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal kerana mempermainkan cinta aku. Kau ingat tu, Nisya! Kau ingat!” Rif berlalu pergi dengan muka yang tegang. Serentak itu, air mataku mengalir deras. Setitik demi setitik.

Aku menepis pelukan suamiku di bahuku. Aku berlalu pergi menuju ke dapur rumah. Aku mengesat air mataku kasar. Aku malu. Apa yang akan tetamu katakan nanti? Macam mana kalau suami aku menceraikan aku sekarang? Adoii! Macam mana ni?

“Sayang! Sayang! Sayang dekat mana ni? Cepatlah tukar baju. Kejap lagi acara memotong kek.” Jerit suamiku lantang. Aku tahu yang dia hanya berpura-pura mesra denganku. Aku cepat-cepat keluar dari tempat persembunyianku.

There you are! Penat abang cari tau.” Kata suamiku lembut. Dia mencapai tanganku lalu berkata 

“Sayang tak usah risau. Abang akan lindungi sayang daripada dia. Sayang janganlah risau sangat, ya?”
Aku memandangnya pelik. Apahal layan aku baik sangat ni? Musykil! Musykil! Mesti ada yang tak kena ni. Sejurus itu aku terpandang di penjuru dapur. Oh, patutlah! Ada mak dengan mama kat situ. Hah! Mulalah hati jahat aku merancang sesuatu.

“Abang.. Abang janji tau yang abang akan lindungi Nisya. Janji tau?” kataku seraya memeluk pinggangnya. Aku dapat melihat mukanya yang tergamam. Mulutnya pula ternganga. Hahahaha.. Nak main-main lagi dengan aku! Kan dah kena.

“Hei ‘Panda’! Kau jangan nak main-main dengan aku. Karang aku ngap kau sekali karang! Menangis tak berlagu kau!” Bisiknya sambil mengelus pipiku lembut.

“HAH??!”






Monday 30 April 2012

Kau Dan Aku Selamanya! 4


                 Shakira mencedok nasi goreng kampong yang dimasaknya ke dalam mangkuk.Dia mengeluarkan susu dan milo lalu dibancuhnya. Hari ni Mak Yam tiada. Mak Yam balik kampung sebab anak bongsunya baru saja bersalin.
                 Shakira terkejut sampai terpelanting sudunya apabila terasa ada tangan yang mendakapnya erat. Jantung Shakira mula rasa tak menentu. Kalau sebelum tu, dup…dap…dup…dap… Sekarang, dup dap dup dap. Tapi, Shakira merasa tenang di dalam dakapan Aryan. Rasa dihargai dan selamat.
                  Aryan mula membenamkan mukanya ke rambut Shakira apabila tiada penolakan dari Shakira. Wangi! Desisnya. Dia memalingkan tubuh Shakira menghadapnya. “Sayang! Kenapa ni? Abang buat sayang terkejut ke?” soal Aryan sambil mengelus rambut panjang kehitaman Shakira.
                    “Awakk..saya..” Mulut Shakira ditekup perlahan. “Abang, sayang.” Ujarnya tersenyum manis.
                    “A…bang.. Saya mintak maaf pasal malam tadi. Kita sepatutnya…”
                    “Tak apa sayang! Abang takkan paksa sayang. Abang akan tunggu sampai sayang dah sedia.” Pintas Aryan pantas. Dia mengelus pipi Shakira. Shakira tertunduk malu. Tidak pernah ada lelaki yang melayannya bagaikan seorang puteri selain daripada abahnya.
                     “Terima kasih abang. Mari kita makan. Saya ada masak nasi goreng kegemaran abang.” Ajak Shakira. Dia tidak kekok apabila Aryan sudi memberinya sedikit masa untuk bersedia. Dia percaya Aryan akan menyayanginya walaupun dia sudah ditebuk tupai. Itulah yang ada di benak Shakira. Betul ke Aryan tak kisah? Shakira mula ragu-ragu.
                    “Sayang. Mari kita makan.” Aryan menarik tangan isterinya ke meja makan. Shakira hanya menurut. Dia mencedokkan nasi goreng ke pinggan Aryan. Kemudian dia menghulurkan segelas milo suam kepada suaminya itu.
                    “Sayang tak makan?” soal Aryan sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya rakus. Memang tak boleh dinafikan yang nasi goreng Shakira adalah TERBAEK!!!
                    “Tak, bang. Saya nak tengok abang makan je.” Jawab Shakira sambil tersenyum manis.
                    “Tak! Tak! Sayang kena makan. Meh sini abang suapkan. Nganga!” Aryan mencedok sesudu nasi goreng lalu menyuakan kepada Shakira. Shakira mengangakan mulutnya malu-malu.
                    “Sayang, sayang nak kerja dengan abang tak?”
                    “Kerja?”
                     “A’ah. Kerja! You can be my secretary. Secretary abang baru je berhenti hari tu. Ikut suami dia. Please, sayang!” Rayu Aryan manja. Dia tahu Shakira memang lemah kalau digoda.
                     “Nantilah saya fikirkan. Sebab saya baru je suruh Mak Yam poskan surat permohonan kerja. Dekat Shangri-La Hotel.”
                      Whatt?! Why don’t you tell me?” Aryan mula meninggikan suara.
                      “Saya..saya..minta maaf. Sebenarnya dah lama saya mohon. Sebelum kita kahwin lagi. Saya tak berniat langsung nak ketepikan abang.” Pinta Shakira sebak. Dia memang sensitif. Lagi-lagi bila orang tinggikan suara dekat dia. Confirm ‘tangkap leleh’.
                      Aryan mendengus kasar. Dia lantas bangun dan meninggalkan meja makan. Baru beberapa sudu dia makan. Dia menghidupkan enjin keretanya lalu menderum laju meninggalkan kawasan rumahnya.
                      Shakira tersentak. Terkelu. Apa salahnya? Dia bukan sengaja. Lagi pun dia mohon kerja tu sebelum dia kahwin lagi. Air matanya mula laju mengalir. Hish! Susah betul jadi orang sensitive ni. Sikit-sikit nak nangis.    
                                           Ya ALLAH! Berikanlah hambamu ini kebahagian hidup. Musnahkanlah benteng yang menghalang hubungan ku dengan suamiku Ya ALLAH!
Sementara Aryan yang berada di dalam keretanya…
                     “Ya ALLAH! Apa yang aku buat ni?! Kenapa aku tengking dia? Dia hanyalah seorang perempuan yang lemah. Yang sebatang kara. Aku sepatutnya lindungi dia. Ya ALLAH!” Aryan menyalahkan dirinya kerana  menengking Shakira. Dia mencapai iPhone 4S nya lalu menelefon Danish.
                      “Hello Danish! I need you now! Jumpa aku dekat Salimah Corner!” ucap Aryan pantas sebelum mematikan talian. Tak sempat lansung Danish nak cakap apa-apa.

*#*#*#*#*                    
                        Danish yang masih mamai terpinga-pinga apabila mendengar arahan tegas Aryan. Dia sebenarnya memang pelik dengan perangai Aryan. Macam orang perempuan. Emosional semacam.
                       Danish bangkit dari katilnya lalu masuk ke bilik air untuk mandi. Dia mencapai sehelai kemeja berwarna biru lalu menyarungkannya. Dia menyembur minyak wangi Hugo Boss. Lalu menyarung jam Rolex yang baru dibelinya minggu lepas.
                      Alamak! Dah lewat sejam ni. Masaklah aku. Desis Danish kabut. Dia segera menyarung kasutnya lalu menghidupkan enjin kereta Toyota Corolla miliknya.
                    “Apasal lambat sanga.. Hahahahaha…” Gelak Aryan lucu.
                    “Kau ni apahal pulak? Dahlah kejut aku. Lepas tu gelak-gelakkan aku.” Marah Danish. Dia melihat apa yang tak kena dengan dirinya. OMG!!!! Kasut aku! Sebelah lain. Sebelah lain. Adoyaiii.
                    Danish segera menuju ke kereta lalu menukar selipar jepun yang kebetulan ada di dalam keretanya. Aryan masih tergelak lucu. Siap ketuk-ketuk meja lagi. Wajah Danish makin cemberut. Tak guna betullah!
                    “Hai, abang hensem! Segak hari ni. Baju mahal, seluar mahal, kasut lagi ‘mahal’! Hahahahaha…” ejek Aryan buat-buat suara pondan.
                     “Tak guna kau! Aku jadi macam ni pon sebab kau. Tahu tak?!” Marah Danish sambil menarik kerusi di kedai itu kasar. “Bai, roti canai satu air the tarik kaw punya!” pesan Danish.
                     “Alaaa… Rilekslah kawan. Aku gurau je. Itu pun nak marah.” Pujuk Aryan.
                     “Yang kau ni apa kes pagi-pagi telefon aku?” soal Danish sambil menghirup airnya yang baru sampai. Fuhhhh! Mantap!
                     “Aku ada masalahlah dengan bini aku.” Katanya sambil meraup muka kasar.
                     “Masalah apa pulak?” Tanyanya sambil menyuap roti canai ke mulutnya.
                     “Aku bergaduh dengan dia pagi tadi. Sebab dia nak kerja kat hotel milik Azham. Aku jeleslah. Kau kan tahu yang Azham dah lama minat kat bini aku tu. Sejak kita sekolah menengah lagi. Aku cintakan Kira sangat.” Terang Aryan panjang lebar.
                      “Kau ni! Takkan kau tak percayakan si Kira tu. Dia punyalah baik. Tak patut betullah kau ni. Kau ada maki dia tak?”
                      “Tak adalah maki-maki. Aku tengking je.”
                      “Apalah kau ni. Kau pernah dengar tak yang Nabi Muhammad pernah bersabda ‘suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya.’ Kau tak nak jadi suami yang terbaik ke?” ceramah Danish panjang. Walaupun dia belum kahwin tapi ilmu di dada tak payah tanyalah. Mantap!
                       “Kau ni! Menyerabutkan kepala otak aku lagi adalah. Aku nak kau tolong aku macam mana nak pujuk bini aku balik. Itu je.” Balas Aryan bengang.
                         “Hek eleh! Kalau dengan Farisya dulu, laju je kau pujuk dia. Ni, bini kau sendiri pun tak pandai nak pujuk.” Kata Danish seraya menghabiskan air teh tarik miliknya.
                        “Farisya tu lain. Kau kan tahu yang aku cinta giler dengan bini aku tu.” bidas Aryan buntu.
                        “Kau ni! Belikanlah dia bunga ke coklat ke. Or something that she likes most. Contohnya patung beruang. Kau kan tahu yang Kira tu obses dengan patung beruang.”
                        “Ye ke?”
                        “Yelah! Takkan kau tak ingat muka dia masa Azham bagi patung beruang tu kat dia. Macam dapat dua juta. Aku pernah tanya Peah. Dia cakap Kira memang suka giler kat patung beruang. Lagi-lagi warna pink. Tu jelah yang aku tahu.” Terang Danish panjang lebar. Peah atau nama sebenarnya Sofea ialah kawan baik Shakira merangkap girlfriend dia juga.
                        “Oh ya? Nampaknya aku kena pergi cari patung besar pink sekarang juga!” ujar Aryan bangun daripada kerusi.
                        “Oi! Ni sapa mau bayar ni?” jerit Danish kepada Aryan yang dah berlalu pergi. Aryan pula langsung tak dengar. “Bertuah punya kawan!” sambungnya.

*#*#*#*#*