BAB 11
Khayla membetulkan skirt paras lututnya. Blouse merah garang dipadankan dengan tali
pinggang hitam. Kasut tumit tinggi Louis Vuitton yang dihadiahkan oleh bapanya
disarung. Rambut panjang kehitamannya diikat kuda. Wajahnya ditelek penuh minat
di hadapan cermin. Memastikan tiada sebarang kecacatan di wajahnya. Okay, perfect!
Khayla melangkah penuh gaya menuruni banglo mewah
tiga tingkat milik bapanya, Tan Sri Rahim. Hari ni, dia akan bertemu dengan
Tengku Farish Izhan. Tak sabar rasanya!
“Morning daddy!”
Khayla mencium kedua-dua belah pipi bapanya. Dia mengambil tempat bertentangan
Tan Sri Rahim. Air susu panas di hadapannya dihirup perlahan.
“Morning
Sara! Anak daddy cantik-cantik ni nak
pergi mana?” Soal Tan Sri Rahim lembut. Khayla Qaisara. Itulah satu-satunya
tanda cintanya bersama Halina. Selepas Halina selamat melahirkan Khayla, dia
disahkan menghidap penyakit barah otak tahap empat. Suami mana yang tidak sedih
apabila melihat isterinya setiap hari merintih kesakitan. Bukannya dia tidak
pernah membawa Halina berubat di luar negara, tetapi hasilnya tetap sama. Tidak
sampai dua bulan, Halina pergi menyambut panggilan Illahi. Kasihan Khayla!
Tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu.
Dia pernah juga dikenenkan dengan beberapa orang wanita. Tetapi hatinya tetap pada
Halina. Baginya biarlah Halina seorang
yang menjadi suri hidupnya.
“Daddy!
Dengar tak apa yang Sara cakap ni?” Rengek Khayla manja. Lamunan Tan Sri Rahim
terhenti.
“Apa dia sayang? Sorry.
Daddy tak dengar.”
“Sara nak pinjam kereta daddy. Boleh ya daddy?”
“Kereta Sara kan ada? Kenapa nak pakai kereta daddy pula?”
“Saja tukar angin. Bolehlah daddy..”
Tan Sri Rahim berfikir sejenak. Bukan senang dia hendak
memberi kereta Ferrari FF yang baru dibelinya dua hari lepas kepada sesiapa pun.
Kereta kesayangan tu. Dibawa dari Scotland lagi.
“Oklah. Tapi dengan satu syarat.. Jaga kereta daddy elok-elok. Keluaran terhad tu.”
Tan Sri Rahim mengusap kepala anaknya lembut.
Khayla mengangguk laju. Yay! Bolehlah dia berlagak
dengan rakan-rakannya nanti. Terutama sekali Fina. Bukan main berlagak lagi
perempuan tu. Maklumlah dapat Nissan Skyline. Huh!
“So, macam
mana kerja dekat sana? Semuanya okay?”
Tan Sri Rahim menyoal sambil menyuap nasi lemak sambal ayam kegemarannya. Lama
jugak dia tak makan makanan berat pagi-pagi. Awal-awal lagi dia meminta orang
gajinya masak nasi lemak. Meletop!
“Everything is
fine, daddy. Tapi ada satu mamat tu yang Sara tak suka. Apa nama dia? Hah!
Hariz Daniel. Semua nak dengar cakap dia. Cadangan Sara semuanya dia tolak
mentah-mentah. Hish! Geram betul.” Ucap Khayla bersemangat. Berharap Tan Sri
Rahim akan ‘basuh’ Hariz Daniel secukupnya. Haha.. Khayla tergelak jahat.
“Tengku Hariz Daniel? Sara sepatutnya beruntung
sebab partner dengan dia. Dia
berkemahiran. Semua cadangan dia memang bernas. Ke Sara yang suka cari pasal
dengan dia, hmm?” Teka Tan Sri Rahim tepat.
“Daddyy!
Urghh. Tak nak kawan daddy.” Khayla
mencapai kunci kereta dan handbagnya
lalu melangkah keluar dari banglo tersebut. Sebal pula hatinya mengenangkan Tan
Sri Rahim menyebelahi musuh tak rasminya itu.
“Sara, jaga kereta daddy tu elok-elok! And one
more thing, jangan benci-benci sangat. Nanti terjatuh hati nanti, baru Sara
tahu.” Usik Tan Sri Rahim sambil ketawa. Suka melihat wajah kemerahan anak
daranya itu apabila menahan marah.
“No way daddy!”
Khayla memecut laju Ferrari FF milik papanya itu.
“Jahanamlah kereta aku tu. Haih..” Keluh Tan Sri
Rahim. Sudah beberapa kali anak kesayangannya itu menjahanamkan kereta-kereta sport miliknya. Nissan Skyline, Bugatti
Veyron dan Ford GT. Semuanya tengah repair.
Ratus ribu jugaklah habis. Nasib baik anaknya tiada kecederaan yang serius. Just calar-calar sikit je. Kalau tak,
manalah dia nak cari ganti. Sara! Sara! Nakal betul anaknya itu.
KHAYLA
memeluk
lengan Iz penuh manja. Walaupun sudah beberapa kali ditepis dan ditegur oleh
Iz, dia masih memeluk lengan pemuda tersebut. Dia tersenyum bangga apabila
melihat banyak gadis tertoleh beberapa kali melihat kekasih hatinya.
“Sayang.. Temankan I beli hadiah untuk kawan I.
Untuk birthday dia. Jomlah. Lepas tu,
I belanja you makan dekat Kenny Rogers and
then kita tengok wayang. Okay? Please..” Pujuk Khayla. Dia menarik
lengan Iz memasuki sebuah kedai jam berjenama.
“Khayla. I nak pergi solat sekejap. You tak boleh
solat ke?” Iz cuba berdalih. Tapi sebenarnya dia memang mahu ke musolla pun.
Waktu asar makin hampir. Tak elok rasanya dia melewatkan solat. Lagipun dia
penat. Nak patah kaki rasanya menemani Khayla shopping. Mengalahkan Tengku Maryam, mamanya.
“I.. Ermm.. I tak boleh solat. A’ah, I tak boleh
solat! I tunggu you dekat KFC okay, dear?”
Khayla terus berlalu.
Iz menjongketkan bahunya. Dia berlalu masuk ke musolla.
Dia segera menunaikan solat Asar setelah mendengar azan. Baru sahaja Iz hendak
menyarungkan kasut, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.
Mama!
“Hello, ma.”
Iz terdiam seketika.
“What?!
Sya jatuh tangga? How could it be? Okay, ma. I’m on my way.” Iz bergegas berlalu ke ruang meletakkan kereta.
Langsung lupa dengan Khayla.
Sementara Khayla di KFC terkeluh-kesah menunggu Iz.
Sudah dekat sejam dia menunggu Iz. Sudah dua ketul ayam ditelannya. Hish, mana
pulak perginya ni? Entah-entah dia tinggalkan aku dekat sini.
Tak guna punya
lelaki! Urghh!
Khayla menghentak kakinya ke lantai. Nasib baik dia
datang sendiri. Kalau tak, terpaksa balik naik teksi. Pintu Ferrari FF dibuka
kasar. Melampiaskan rasa marahnya.
“Khayla
Qaisara. What a surprise?” Bahu
Khayla ditarik kasar dari belakang.
Khayla tersentak. “Fareed!”
“Yes.
Akulah ni. Kenapa sayang? Terkejut?” Sinis Fareed.
“Apa lagi yang kau nak? Antara kita dah tak ada
apa-apa. Kau tak faham ke?” Bentak Khayla. Dia cuba merentap pergelangan
tangannya daripada terus dipaut oleh Fareed.
“Itu bagi kau! Tapi bukan untuk aku. Kau ingat aku
akan lepaskan kau macam tu je? Kau kena tunaikan janji kau dulu. Kau kena layan
aku sekarang! Ikut aku!” Fareed menarik Khayla kasar mengikut langkahnya.
Khayla meronta-ronta minta dilepaskan. Air mata bercucuran turun ke lekuk
pipinya.
“Lepaskan aku Fareed. Aku minta maaf. Kau ambillah
semua duit aku tapi tolong Fareed, jangan apa-apakan aku. Tolong Fareed. Aku
merayu.” Pinta Khayla teresak-esak.
Fareed tidak mempedulikan rayuan Khayla. Tubuh
Khayla ditolak kasar ke dalam keretanya. Khayla
menutup matanya. Dia pasrah
kalau itu takdirnya.
Entah kenapa tiba-tiba tubuhnya terasa ringan.
Segera Khayla membuka matanya. Dia melihat seorang lelaki sedang membelasah
tubuh kurus Fareed.
“Tak guna kau! Suka hati mak bapak kau je nak usik
anak dara orang! Mak ayah kau tak pernah ajar kau ke hah?!” Marah lelaki
tersebut sambil menumbuk perut Fareed bertubi-tubi. Fareed segera melarikan
diri apabila dia terlepas daripada lelaki tersebut. Pautan Khayla pada lengan
lelaki tersebut mematikan niatnya untuk mengejar Fareed.
“Biarkan dia. Thanks
awak. Kalaulah awak tak ada..” Ayat Khayla mati di situ. Dia terkedu melihat
gerangan penyelamatnya.
“Kau?!” Ujar mereka serentak.
“Ish, menyesal pulak aku selamatkan kau! Sepatutnya aku
biarkan saja lelaki tu usik kau.” Gumam Danny lancang. Siapa lagi kalau bukan
musuh tidak rasmi Khayla, Tengku Hariz Daniel.
“Watch your
mouth! Aku tak minta pun kau selamatkan aku. Kau yang selamatkan, kan? Kira
rezeki akulah tu.” Ujar Khayla masih dengan lagak sombongnya.
Ish! Entah bilalah perempuan ni nak insaf? Masih
lagi dengan sikap hidung tingginya.
“What ever
Cik Khayla Qaisara!” Danny sudah berkira-kira mahu pergi. Malas dia mahu layan
minah senget ni.
“Wait.”
“Apa lagi?” Soal Danny agak kasar.
“Ermm.. Boleh tak.. Ermm..”
“Ermm.. Ermm.. Apa yang kau nak sebenarnya ni?”
Sergah Danny.
“Boleh tak kau temankan aku sampai kat kereta aku?”
Laju Khayla berkata apabila disergah oleh Danny. Mukanya mula memerah. Terasa
bagai egonya jatuh apabila dia sanggup meminta bantuan musuhnya itu. Malu pun
ada jugak.
Danny tergelak besar. Tidak sangka pula gadis itu
akan meminta bantuannya.
“Aikk. Kau takut ke?”
“Kau ingat aku ni hantu ke? Tak ada perasaan?
Mestilah aku takut.” Khayla berwajah cemberut.
Lelaki ini suka sangat cari
pasal dengannya.
“Yalah. Yalah. Aku ni boleh dikira gentlemen jugaklah kan sebab sanggup
tolong seorang gadis yang lemah tak terdaya. Kan?” Danny memuji diri sendiri.
Dia tersenyum-senyum sambil menjongketkan keningnya.
“Perasan.” Gumam Khayla perlahan.
“Apa? Tak payah teman. Okay!” Danny ingin berlalu pergi. Bukannya dia tidak dengar Khayla
mengatakan yang dia ni perasan.
“Eh! Eh! Tak adalah. Aku cakap kau ni handsome, gentlemen, romantik. Tak perasan pun.” Laju Khayla memaut lengan
sasa Danny yang ingin berlalu itu. Please
don’t leave me alone! Desisnya.
Khayla berjalan perlahan mengikut langkah Danny. Dia
hanya menunduk ke bawah. Malu pulak rasanya. Khayla segera masuk ke dalam
kereta mewah milik daddynya itu. Dia
memandu laju dan hampir-hampir melanggar Danny. Langsung tidak mengucapkan
terima kasih.
“Tak guna punya perempuan. Dahlah tak berterima
kasih, nak langgar aku pulak tu!” Rungut Danny. Nasib baik kau perempuan. Kalau
kau lelaki, tahulah aku macam mana nak ajar kau.
Telefon Danny berdering minta diangkat.
“Hello. Okay,
mak long. Danny on the waylah ni.”
Danny segera berlalu ke keretanya. Sya. Sya. Macam manalah kau boleh jatuh
tangga. Nak dekat dah majlis kau ni.
AKU
mengurut kakiku perlahan. Aduhai, terseliuh pula! Akibat terlalu asyik
memikirkan tentang Iz yang keluar dengan Khayla, aku tersilap langkah. Urghh!
Siapa Khayla tu? Girlfriend dia ke? Oh no! Kenapa kau nak ambil kisah
tentang dia Sya?! Wake up. Dia bukan
siapa-siapa untuk kau. Jangan jatuh hati dengan dia. Nanti hati kau sendiri
yang sakit.
‘Mengaku jelah yang kau dah jatuh cinta dengan suami
kau sendiri.’ Desis satu suara.
No! No!
It can’t be.
‘Cuba kau buang ego kau tu jauh-jauh. Admit it!’
Kalau dia gelakkan aku macam mana? No way!
“Sya.” Tegur satu suara.
“Eh, Danny!” Terkejut aku dengan kehadiran lelaki
tersebut. Menggelabah aku menyarungkan tudung syria di sisi aku. Menyesal pula
aku cabut tudung. Nasib baik aku pakai anak tudung yang menutup keseluruhan
rambut dan leher aku.
“Ops, maaf!” Memerah muka Danny. Terasa seperti
dirinya pervert pula.
“Tak apa. Danny nak air? Sya pergi buat air ya?”
Soalku menutup malu. Aku berkira-kira mahu bangun.
“Tak payah mengada-ngada nak berjalan. Tak sedar
kaki tu terseliuh.” Sindir satu suara.
Aku berpaling ke arah tangga. Gulp! Iz. Jantungku
dah mula tidak keruan. Wahai jantung! Janganlah kau buat hal.
Danny bangkit lalu bersalam dengan sepupunya itu.
“Apa khabar bro? Lama tak jumpa.” Sapanya mesra.
“Aku macam yang kau tengok ni.” Iz tersenyum kecil.
Danny adalah sepupu yang paling dia rapat. Mungkin kerana umur mereka sama.
Sudah lama dia tidak jumpa sepupunya itu. Masa sepupunya itu masuk bekerja di
hotelnya, dia sedang berbulan madu.
“Sorrylah
sebab tak datang wedding kau hari tu. Tapi, kali ni aku janji yang aku akan
datang wedding kau.”
“No worrylah.
Aku tak kisah pun. Tapi aku nak minta tolong kau sikit ni.”
“Apa dia?” Sekilas Danny menjeling wajahku yang
terduduk macam patung cendana. Rasa macam tak wujudlah pulak.
“Jadi pengapit aku.”
“Beres bos! Aku ingatkan kau nak minta tolong aku
gantikan tempat kau sebagai pengantin tadi. Lagi aku suka. Kan, Sya?” Usiknya
tersenyum nakal.
Mukaku mula memerah. Dia ni memang suka mengusik
aku. tak suka betullah. Aku membalas
dengan senyuman. Wajah Iz aku jeling sekilas.
“No way!
Dia ni kekasih hati aku. Mana mungkin aku biarkan kau bersanding dengan dia.
langkah mayat aku dululah!” Balas Iz sambil gelak tebahak-bahak. Tapi dalam
hatinya, meluap-luap rasa cemburu apabila melihat Danny seolah-olah ada hati
dengan isterinya.
Aku tersenyum kecil. Berbunga-bunga hatiku mendengar
kata-kata Iz. Bahagianya hidup! Dia kata aku ni kekasih hati dia. Yippee!
Danny turut tergelak. Takkanlah dia nak rampas
isteri sepupunya itu. “Okaylah. Aku minta diri dululah ya. Nanti umi aku bising
pula.” Danny mengukir senyuman manis kepadaku. Ish, dia ni! Ada lagi sikap
miangnya itu.
Sebaik sahaja Danny berlalu, Iz menarik tanganku
menaiki tangga. Terjengket-jengket aku cuba untuk menyaingi langkahnya. Adoii,
kaki aku dahlah sakit.
“Ish, kau ni boleh cepat sikit tak? Jalan
terhegeh-hegeh. Mengalahkan kura-kura.” Iz mendecit.
“Kau lupa ke kaki aku ni terseliuh. Sakit tau! Aku report kat mama yang kau buli aku
karang.” Ugutku sakit hati.
Iz berhenti mengejut. “A’ahkan. Lupa pulak aku!”
Aku terjerit kecil apabila Iz mengangkat tubuhku.
“Woi, turunkan aku! Ish, kau ni! Suka ambil
kesempatan atas kesulitan. Turunkan aku cepat!” Aku meronta-ronta dalam
kendongannya. Kalau ikutkan hati nak je aku gigit tangan dia ni.
“Aku lepaskan kau dekat sini karang.” Iz mengacah
mahu mencampak aku ke bawah.
Aku menjerit. Lehernya aku paut sekuat hati. Bukan
boleh percaya sangat suami aku ni. Buatnya dia campak aku betul-betul. Tak ke
naya. Tak bersanding pulak aku minggu ni.
“Woi, sakitlah! Over
reaction pulak kau. Suka ambil kesempatan atas kesulitan. Saja je nak peluk
aku kan?” Iz memulangkan paku buah keras.
Aku menjengilkan mataku yang tak berapa nak bulat.
Proteslah konon.
“Ehemm! Sya, Iz. Masuk bilik ya. Karang Mak Tom
nampak pengsan pulak dia.” Usik mama yang kebetulan baru keluar dari bilik
tidurnya.
“Iz tahulah mama.” Iz sudah tersenyum nakal. Tak
guna betul. Bikin aku malu saja. Tak tahu mana nak sorok wajahku ni.
“Jangan bunting pelamin pulak. Karang tak muat pulak
baju pengantin.” Usik mama lagi dari ruangan tangga.
Uuaaa! Janganlah buat aku malu macam ni.
Iz masih tersengih-sengih. Aku menumbuk bahunya
kuat. Serentak dengan itu dia melepaskan pautannya pada aku. Cantik sahaja aku landing atas sofa.
“Aku nak solat. Kau boleh solat tak?” Soalnya
selamba.
“Boleh.”
“Jom kita jemaah. Aku tunggu kat surau atas ni.”
Ajaknya lembut. Iz berlalu pergi untuk mengambil wuduk.
Aku terkesima. Sekejap cuma. Perlahan-lahan senyuman
bahagia terukir di bibirku. Iz sudah rajin solat sekarang ni. Solat pun awal
waktu. Alhamdulillah! Ya ALLAH, kau panjangkanlah jodohku dengannya jikalau dia
adalah hamba yang sememangnya tercipta untukku!
Aku segera berlalu mengambil wuduk. Tidak mahu Iz
menunggu lama.
Dari kejauhan mama tersenyum girang. Gembira melihat
perubahan anaknya. Gembira melihat hubungan anaknya dengan menantunya semakin
baik. Ya ALLAH, aku mohon kau berilah sinar kebahagiaan kepada anak menantuku!
Kau lindungilah mereka daripada hasutan syaitan yang direjam.
P/S : Sorilah malas nak update.. dkat p2u lambat sgt ! so, terpaksa saya update di sini.. utk bab yang sebelum2 ni ada dkat link ni. just click !
No comments:
Post a Comment