BACALAH NUVEL SAYA NI YE...!
KAU DAN AKU SELAMANYA! 1
Hujan berlumba-lumba turun membasahi bumi. Kelihatan
seorang gadis berumur dalam 20-an berteleku di sisi pusara. Dia mengesat air
yang mengalir di tubir matanya. Entahkan air hujan, entahkan air mata. Dia
memeluk tubuhnya kesejukan. Baju kurung cotton
berwarna hijau lembut diperah perlahan.
Bye, sayang! Lain kali Mama Kira datang lagi! Desisnya. Dia bangkit lalu
melangkah laju meninggalkan pusara tersebut. Tanpa dia sedari, dia telah
melanggar seorang lelaki. Gadis tersebut jatuh tersungkur lalu menangis
teresak-esak. Aku tak cukup kuat! Aku rindu Aisyah! Raungnya dalam hati.
“Miss! Are you okay. Maaf. Saya tak sengaja. Mana kereta awak? Saya
boleh tolong hantarkan.” Ujar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan
gadis tersebut. Lelaki tersebut menjengah-jengah di kawasan perkuburan
tersebut. Tiada sebarang kereta selain daripada BMW M-3 miliknya.
Tiba-tiba gadis tersebut meraung-raung lalu pengsan. Lelaki tersebut
menggelabah. Dia risau. Hujan makin lebat. Dia menggendong gadis tersebut lalu
dibawa masuk ke dalam keretanya. Dia meletakkan gadis tersebut di seat sebelahnya. Dia membetulkan tudung
gadis tersebut dan bajunya yang kuyup.
Alangkah terkejutnya apabila dia terlihat satu parut yang panjang di lengan
gadis tersebut. Dia menyising lengan baju gadis tersebut yang lagi satu.
Terdapat banyak kesan lebam. What the
hell?! Mangsa dera? Oh My ALLAH!
Dia memecut laju keretanya menuju ke rumah di Country Heights.
“Aisyah, Mama Kira mintak maaf! Mama Kira yang salah.” Racau gadis
tersebut. Bibirnya menggigil kesejukan.
Lelaki tersebut menaikkan suhu air-cond dan mencapai jaket kulit
miliknya lalu disarungkan ke tubuh gadis tersebut. Dia kasihan melihat gadis
tersebut. Lelaki tersebut menekan brek mengejut apabila terlihat sebatang kayu
yang agak besar tersadai di laluannya. Ini menyebabkan kepala gadis tersebut
menoleh ke arahnya.
Alangkah terperanjatnya lelaki tersebut apabila melihat gadis tersebut.
Shakira Natalia! Desisnya. Dia teringat kenangannya bersama gadis tersebut…..
*#*#*#*#*
“Oh no! Aku dah lambat.” Jerit Aryan Haikal.
“Pak Mat, tolong laju sikit,ya? Aryan dah lambat ni! Nanti mengamuk pulak ‘singa betina’ kat sekolah Aryan tu.”
Pintanya sambil membetulkan tali lehernya. Dia kena jaga penampilannya kerana
dia adalah anak kepada Tan Sri Lokman. Siapa yang tak kenal Aryan Daniel bin
Tan Sri Lokman? Satu sekolah kenal. Semua perempuan sibuk meng‘usha’ dia. Tapi dia dah ada kekasih,
Farisya Nyna bt. Dato’ Rahim, Queen of SMKCH.
“Dah sampai, Aryan.” Ujar Pak Mat. “Terima kasih, Pak Mat. Oh,ya! Hari
ni saya ada latihan bola sepak. Pak Mat tak payah jemput. Saya balik dengan
kawan saya nanti.” Beritahu Aryan sambil menyalami tangan tua Pak Mat.
“Hmmm.. Iyalah.”
Mercedes Benz meluncur laju meninggalkan Aryan di hadapan pagar SMKCH.
Aryan terlihat Shakira Natalia a.k.a ‘singa
betina’ bercekak pinggang melihatnya. Mampus aku! Desisnya.
“You are late, Aryan!” marah Shakira. Shakira mengelap peluh yang
meleleh di dahinya. Kulitnya yang putih mulus nampak kemerah-merahan akibat
panahan mentari pagi. Dia mencatat nama Aryan di dalam buku notanya.
“Esok kau datang awal ke lambat? Aku nak
tulis nama kau siap-siap.” Tempelak Shakira. Aryan hanya buat muka selamba. Dah
biasa! Rutinlah kot!
“Darling!” jerit satu suara
manja. Ini lagi sorang. Nama mereka je dah penuh dalam buku aku. Desis Shakira
marah. “Kau pulak! Esok datang awal ke lambat?” soal Shakira sambil mencatat
nama Farisya Nyna.
Farisya Nyna langsung tak menghiraukan Shakira. Dia lantas menarik
tangan Aryan berlalu pergi. Sempat lagi Aryan melambaikan tangannya. Shakira
mengetap gigi. Geram. Diorang nikan! Haih! Keluh Shakira sambil menutup pintu
pagar SMKCH. Dari aku sibuk pening fikirkan diorang, baik aku pergi study. Shakira berjalan perlahan sambil
bernyanyi-nyanyi kecil.
“Shakira! Shakira!” Jerit satu suara garau nyaring. Mata-mata nakal
pelajar SMKCH mula bekerja. Huh! Adalah gossip
yang nak direka tu! Ngomel hati Shakira marah. Shakira lantas berhenti dan
berpaling.
Huh,apa lagi yang jantan ni nak?! Marah hatinya. “Apa?!” soalnya kasar.
Aryan berlari-lari anak menuju ke arah Shakira. Dia menghulurkan sekeping
sampul surat kepada Shakira. Shakira memandang pelik. Dia lansung tidak
menyambut huluran tersebut.
“Nah, ambillah!” katanya ringkas. “Aku bagi pada orang yang special je
tau.” Bisiknya perlahan. Tidak mahu sesiapa pun yang mendengarinya. Shakira
terkedu. Hilang kata. Dia hanya melihat Aryan yang berlalu pergi dengan
lambaian. Pelik! Itu sahaja yang berada di benaknya.
KRINGGGGGGG!!!
Loceng untuk masa
pertama telah berbunyi. Shakira mempercepatkan langkahnya. “Oh ayah kau masuk
jamban!” latah Shakira apabila terlihat seekor katak melompat ke arah seragam
sekolahnya. Satu kelas bingit dengan tawa nakal dari kelas 5 Aman 1.
Shakira berpaling ke arah meja di hujung kelas. Dia tahu angkara siapa.
Aryan Daniel! Dia sendiri tidak tahu mengapa Aryan suka mempermainkannya
sedangkan dia tidak pernah cari pasal dengannya. Takkanlah sebab dia selalu
mencatat nama Aryan kerana kerap datang lewat. Impossible!
“Ehemm! Ehemm!” dehem satu suara di hadapan pintu kelas 5 Aman 1. Puan
Sue hanya memandang pelajar kelasnya itu geram. Hish! Budak-budak ni! Kalau tak
buat aku marah sehari tak sah! Hatinya mendongkol geram.
Semua pelajar kelas 5 Aman 1 senyap. Ketua kelas mula memberi salam dan
dikuti dengan pelajar yang lain. Mereka mengeluarkan kertas kerja Sejarah untuk
dibentangkan apabila menerima arahan daripada Puan Sue.
“Kira! Kamu mula dulu. Siapa partner
kamu?” ujar Puan Sue sambil mengemas borang lisan pelajarnya.
“Saya buat sorang je Puan Sue.” Jawab Shakira ringkas. Dia segera
megeluarkan kertas kerjanya. Alangkah paniknya apabila kertas tersebut tidak
dijumpainya. Dia terlihat senyuman sinis Farisya. Ini mesti angkara dia!
“Shakira! Mana kertas kerja kamu. Jangan cakap kamu tak bawa. Minggu
lepas pun kamu kata tak bawa.” Soal Puan Sue. Memandang Shakira tajam. Shakira
memanglah pelajar terbaiknya. Tetapi sudah masuk dua kali dia tidak
membentangkan kertas kerjanya. Itu yang membuatkan Puan Sue berang. Dia memang
pantang kalau kes macam ni.
“Berdiri dekat luar kelas! Sekarang! Dan markah untuk ujian lisan kamu
adalah zero.” Marah Puan Sue. Shakira
hanya membuat muka bersalahnya. Tidak melawan mahupun mempertahankan kebenaran.
Dia sudah biasa. Sejak dulu lagi dia sering dilakukan seperti itu. Redha jelah
kan?
Shakira melangkah lesu keluar dari kelas. Setiap pelajar yang melintas
di hadapannya dihulurkan senyuman kelat. Ada yang membalas. Ada yang buat tak
tahu. Dan ada yang mengutuk dirinya.
“Kau tengok tu. Perempuan gila kuasa tu kena denda. Padan muka dia!”
bisik Tina kepada Mia. Tina dan Mia adalah ahli kumpulan Farisya. Sudah
tentulah namanya wanted dalam
kumpulan tu.
Haih! Keluh Shakira . Sebak.
*#*#*#*#*
“Alahai, basikal! Time kat
sinilah kau nak pancit! Dahlah lain macam je aura kat sini.” Keluh Shakira. Dia
memerhati keadaan sekelilingnya. Hutan! Hish! Dekat tengah KL pun ade hutan.
Baik aku blah cepat-cepat. Shakira
segera menolak basikalnya laju. Bila takut menyelebungi diri, apa pun dah tak
kisah. Lantaklah!
Shakira terkedu apabila melihat 3 orang lelaki yang sedang melepak di
pondok bas. Dia memberanikan diri. Kakinya dihayun laju.
“Pheewiitt! Awek bai! Jom kita usha dia.” Ujar salah seorang daripada mereka yang bertubuh agak
gempal. Usikan tersebut disambut dengan hilai tawa nakal mereka. Shakira
menghayun kakinya laju. Lebih pantas.
3 orang lelaki tersebut mengikut langkah Shakira. Shakira rasa hendak
menangis sahaja. Pelbagai soalan diajukan. Shakira tetap mengunci mulutnya.
Diam. Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Lengan bajunya terkoyak sedikit
akibat rentapan tersebut. Lelaki yang bertubuh agak gempal itu berang apabila
Shakira tidak menjawab soalan yang diajukannya.
“Ooo… Jual mahal ya!” Dia menarik tangan Shakira kasar ke arah semak.
Shakira merayu meminta simpati. 2 orang kawan lelaki tersebut hanya memandang
sinis dan berlalu pergi. Air mata mengalir laju dari tubir matanya. Dia menolak
lelaki gempal tersebut yang cuba menindih dirinya dengan kudrat perempuannya
yang tak seberapa ni. Lelaki tersebut menampar-nampar pipi Shakira hinggakan
gadis tersebut pengsan.
Dia merentap baju Shakira hingga menampakkan separuh bahagian dadanya.
Lelaki tersebut mencium pipi dan leher Shakira rakus.
“Hoiiii!” Jerit satu suara. Hah! Hero Malaya dah mai dah! Dia menarik kasar kolar baju lelaki jahanam tersebut
menjauhi Shakira. Tanpa sempat si jahanam tersebut bersedia, dia telah ditumbuk
bertubi-tubi. Hero tersebut menendang pula perut si jahanam. Akhirnya, si
jahanam terdampar lesu di tepi semak.
“Dahlah tu, Aryan. Kan kekasih hati kau selamat tu. Karang mati pula budak ni karang. Dah jadi kes polis.” Ujar Danish
menarik Aryan menjauhi si jahanam.
Aryan menggendong Shakira dan meletakkannya di atas bangku di pondok bas
tersebut. Kelihatan kesan-kesan lembam menghiasi wajah mulus Shakira. Dia
sempat menelefon Pak Mat agar segera datang ke sini. Tujuannya hanya satu.
Menyelamatkan Shakira.
“Hei, Aryan! Relaxlah. Dia
Cuma pengsan je. Kejap lagi dia sedarlah.” Ujar Danish cuba menenangkan Aryan
yang macam suami mati bini tu. Danish pelik. Dia tidak pernah melihat Aryan
sekabut ini.
Tidak lama selepas itu, Shakira mula menunjukkan keadaan yang positif.
Matanya dicelikkan. Dia menjerit merayu-rayu agar dia dilepaskan.
“Shakira! Ini aku, Aryan. Jangan risau. Kau selamat.” Terang Aryan.
Menenangkan Shakira. Shakira berhenti menangis. Dia melihat keadaan dirinya. What?! Aku dah macam separuh bogel.
Tudung pun entah kemana. Shakira menutup bahagian dadanya yang agak terdedah
dengan tenang. Dia malu dengan Aryan.
Pinnnnn!!!
Pak Mat segera turun
daripada kereta, mendapatkan Aryan. “Kenapa ni, Aryan? Siapa perempuan ni?”
soal Pak Mat pelik.
Aryan tidak menjawab.
Dia segera membuka but belakang kereta. Dia mengambil jaket kulitnya lalu
dihulurkan kepada Shakira. Shakira terkebil-kebil memandang Aryan yang begitu
baik melayannya hari ini. Dia mengambil jaket tersebut lalu disarungkannya.
“Jom! Aku hantar kau
balik.” Ujar Aryan dengan muka yang memerah. So cute! Desis Shakira. Dia hanya mengikut langkah Aryan menuju
kereta. Terpukau. Pak Mat segera mendekati kereta, memandu.
“Danny! Aku chow dululah!” pinta Aryan. Danish hanya
menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangannya. Tata!
Shakira hanya diam.
Sedikit pun tidak berkutik. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berani
menentang panahan mata Aryan. Aryan tahu Shakira cuba untuk menenangkan
dirinya. Dia membiar Shakira melayan perasaannya sendiri.
*#*#*#*#*
Keesokan
harinya di sekolah….
“Shakira!!!” jerit satu suara. Farisya! Awal pula dia hari ini.
Desisnya. Shakira segera menoleh kea rah Farisya. Alangkah terkezutnya Shakira apabila tangannya direntap kasar oleh Tina dan Mia.
Shakira ditarik hingga ke belakang sekolah.
Shakira terlihat Aryan and the
geng tengah makan keropok lekor di belakang sekolah. Tina dan Mia menolak
Shakira kasar hingga tersungkur gadis tersebut. Nasib baik Danish, kawan Aryan
sempat menyambutnya.
“You suka perempuan ni kan?! Disebabkan
perempuan ni, you dah tak pedulikan I! How
could you?!” marah Farisya.
“Farisya, apa ni! Takkan sebab I tak
nak teman you shopping semalam, you nak buat macam ni! Fikir matanglah
sikit, Farisya!” balas Aryan marah.
“You ingat I tak nampak apa yang terjadi semalam?! Disebabkan you plan I hancur tahu tak?!” balas
Farisya kembali tanpa menyedari yang dia telah membocorkan plan rahsia dia. Mia dan Tina menepuk dahi mereka.
Shakira menitiskan air matanya. Setitik.
Setitik. Dan bertukar esakan. Kenapa semua orang membencinya? Apa salah dia?
Soal hati Shakira. Sebak.
“So, itu semua angakara kau! Kau memang
betina busuk hati! Memang! Aku mengaku yang aku memang mencintai Shakira
sepenuh hati aku! I love her so much!
Puas hati kau?!” ujar Aryan berang. Farisya menitiskan air matanya. Dia berlari
meninggalkan mereka semua. Sempat lagi dia menampar pipi Aryan.
Shakira terkedu. He loves me? Biaq betoi! Tanpa sedar Shakira
tersenyum bahagia. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Sudah lama dia menyimpan
perasaan ini. Akhirnya!
“Shakira! I’m so sorry.” Aryan mendekati Shakira sambil menyusun
sepuluh jari. Maaf.
“Betul ke kau suka aku?” Tanya Shakira teruja. Tapi coverlah kan. Shakira buat muka bengis.
“Of courselah tak. Aku hanya nak puaskan
hati betina tu!” bohong Aryan. Ego! Dia menyambung kembali sesi pemakanan
keropok lekor. Sedapnya.
Pranggg!! Hati Shakira retak seribu. Aku bertepuk sebelah tangan
rupanya. Shakira menepuk dahinya. Air matanya bagai meronta-ronta nak keluar.
Tahan! Jangan kau nangis kat sini. Ingat sikit sapa diri kau! Kau hanya anak
seorang penjual nasi lemak tepi jalan. Mana sama taraf dengan dia!
“Oh, baguslah! Aku tak nak main cinta masa belajar ni.” Ujar Shakira
selamba. Menutup tangisnyalah tu. Dia berlalu pergi. Tik! Tik! Air matanya
jatuh menyembah bumi. Ya ALLAH! Kau kuatkanlah hatiku. Aku hanya sayangMu Ya
ALLAH!
“Perhatian
kepada Shakira Natalia bt. Samad! Sila ke pejabat sekarang juga. Bapa anda sedang menunggu anda!”
Shakira segera berlari anak ke pejabat apabila mendengar pengumuman
tersebut. Dia menyapu air matanya. Kasar. Dia melihat Pak Samad, abahnya
memegang fail sekolahnya. Apa pula kali ni? Soal hatinya.
“Abah! Kenapa ni, bah?” soal Shakira. Tidak sabar.
“Kita kena pindah Shakira. Secepat mungkin.” Jawab abahnya tenang. Pn.
Kalsom, guru kelasnya hanya mengangguk. Dia tahu akan masalah keluarga
tersebut. Pn. Kalsom adalah jiran Shakira. Keluarga Shakira sering diganggu
oleh ah long. Ah long tersebut sedang mencari abang Shakira. Keluarga Shakira
sendiri tidak tahu di mana abangnya berada.
“Tapi kenapa? Ah long ya?”
teka Shakira tepat. Abah Shakira hanya menekur lantai. Serba salah. Tak pun
tengok debu. Hehehehehe…..
Shakira diam tak berkutik. Dia hanya pasrah. Sudah lebih 5 kali dia
berpindah. Hanya di KL sahaja Shakira menetap lama. Lebih kurang 6 tahun.
Shakira mengeluh. Bagaimana aku nak tinggalkan sekolah ni sedangkan hati aku di
sini. Aryan Daniel!
Aryan terkedu. Sudah lama dia mengintip Shakira di sebalik pintu
pejabat. Shakira nak pindah? No way! Aku
takkan benarkan. Tapi…. Macam mana aku nak tolong. Duit bulanan aku jer pun 150
ringgit. Ayah aku tak kasi duit banyak-banyak. Takut nanti aku pergi ‘melabur’
(membazir). Hehehehe…. Desis Aryan pening.
Shakira dan abahnya keluar dari pejabat. Aryan hanya memandang. Tak tahu
nak buat apa. Shakira! Kalau kita ada jodoh, pasti akan betemu lagi! Bisik hati
Aryan sebak. Dia hampir menitiskan air matanya.